ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Tuesday, 18 June 2024 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024
15 Jun 2024
8 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyempurnakan perasmian Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 yang berlangsung serentak di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Majlis turut dihadiri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri dan YB. Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Hadir sama, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Majlis dimulakan dengan lawatan ke tapak Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor yang mempamerkan sebanyak 37 buah aset klasik milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti Mack Truck Scorpion, Morgan 3 Wheeler dan HD Street Glide Tiger.
TYT Tun Seri Setia dan para kenamaan seterusnya melawat ke Pameran Hang Tuah yang menghimpunkan pelbagai dokumen, manuskrip, artifak dan sumber-sumber baharu dalam usaha memperkukuh kewujudan legenda Hang Tuah, pahlawan Melayu Melaka. Pameran ini bakal berlangsung selama sebulan bermula 10 Jun hingga 7 Julai depan.
Majlis berakhir dengan lawatan ke tapak Malaysia Bike Week 2024 yang menghimpunkan ribuan peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara di Dataran MCORP.
Tiga acara besar yang berlangsung serentak ini diharap dapat menambahkan lagi kemeriahan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 2

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 3

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 4

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 5

  • Tweet

What you can read next

Solat Jumaat
Solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, Alor Gajah, Melaka
Berangkat ke Negara China sempena Lawatan Rasmi ke Kunming, Sanya dan Haikou
Berangkat ke Negara China sempena Lawatan Rasmi ke Kunming, Sanya dan Haikou
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka

Recent Posts

  • Lawatan ke Showtech Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2025 1

    Lawatan ke Showtech Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2025

    2 Jun 2025 5 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP