ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Thursday, 13 July 2023 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Perasmian Majlis Sambutan Hari Bomba Sedunia

13 Mei 2023
22 Syawal 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus menyempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Bomba Sedunia di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dekat Banda Hilir, Melaka.
Kehadiran TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT); YB Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang mewakili Ketua Menteri Melaka; YAS. Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah JBPM Negeri Melaka serta pengurusan tertinggi JBPM.
Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia setiap 4 Mei di seluruh dunia merupakan satu acara penuh simbolik bagi memperingati dan menghargai pengorbanan serta jasa bakti yang diberikan anggota bomba di seluruh dunia.
Sebanyak 30 kontinjen dan 54 unit jentera membabitkan 1,330 peserta menjayakan sambutan dan perarakan hari ini.
Pantomim lakonan semula detik akhir anggota bomba, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh yang terkorban ketika operasi penyelamatan merupakan antara persembahan Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 di Dataran Pahlawan, hari ini.
Turut dipersembahkan, gimik operasi penyelamatan seorang kanak-kanak yang terperangkap akibat tanah runtuh. Kemudiannya diteruskan dengan perarakan kontinjen, aset-aset JBPM dan pertunjukan persembahan kebombaan termasuk ‘Abam Sado’ serta pasukan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

  • Tweet

What you can read next

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya 2025 4
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya 2025
Kunjungan Hormat
Kunjungan Hormat daripada Pengurusan Tertinggi RISDA Malaysia
Perjumpaan bersama Ms. Yin Chengling, Vice Mayor of Sanya, Hainan 3
Perjumpaan bersama Ms. Yin Chengling, Vice Mayor of Sanya, Hainan

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    11 Jun 2025 14 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP