Kunjungan Hormat dari YBhg. Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob
Thursday, 04 January 2024
3 Januari 2024
21 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Laut, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)
Hadir sama YBhg. Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Bin Hj Ludin, Panglima Armada Barat; YBhg. Laksamana Muda Mohamad Azuwan Bin Harun, Asisten Ketua Staf Perancangan Dan Pembangunan Di Markas Tentera Laut dan YBhg. Laksamana Muda Hj Satria Sarawak Bin Hj Jais, Asisten Ketua Staf Materiel.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamed
Wednesday, 03 January 2024
2 Januari 2024
20 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamed, 82 tahun yang merupakan ayah kepada Puan Hasidah Mohamed, Pembantu Operasi yang bekerja di Istana Melaka di Tanjung Kling, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23) Dan Sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024
Tuesday, 02 January 2024
1 Januari 2024
19 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23) Dan Sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 di Masjid Cina Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 & Ambang Tahun Baharu 2024
Tuesday, 02 January 2024
31 Disember 2023
18 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 & Ambang Tahun Baharu 2024 yang diadakan di Pengakalan Rama, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz; YB. Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Zaidi Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri serta diiringi dengan paluan gendang daripada pelbagai kaum.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.
Melaka akan menganjurkan sebanyak 70 acara pelancongan utama, selain pelbagai pengisian sepanjang 365 hari sepanjang tahun. Semua pengisian acara yang disusun pada TMM2024 mengandungi aspek agama, adat warisan, seni, budaya dan cara hidup pelbagai etnik yang terdapat di Negeri Melaka.
Bukan itu sahaja Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Melaka juga bakal menganjurkan acara mega bertaraf antarabangsa, iaitu World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC) 2025 yang dijadualkan pada 27 hingga 29 September 2025 selepas Malaysia terpilih sebagai negara hos bagi penganjuran program tersebut yang bertemakan ‘Tourism and Sustainable Transformation’.
Majlis turut diserikan lagi dengan cabutan bertuah sebuah Proton X70 menanti kira-kira 40,000 pengunjung membanjiri perkarangan Dataran Pengkalan Rama.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bandaraya Melaka Berselawat 2023 / 1445H Sempena Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024
Tuesday, 02 January 2024
30 Disember 2023
17 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Bandaraya Melaka Berselawat 2023 / 1445H Sempena Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 yang berlansung di Stadium Hang Jebat.
Majlis yang di pimpin oleh Al-Fadhil Habib Ali Zainal Abidin Assegaf, Al-Fadhil Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al-Azhari dihadiri ribuan ummah.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta barisan kepimpinan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Al-Fadhil Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al-Azhari
Tuesday, 02 January 2024
29 Disember 2023
16 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Al-Fadhil Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al-Azhari di Istana Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As Salimin, Kampung Kandang, Melaka
Tuesday, 02 January 2024
29 Disember 2023
16 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As Salimin, Kampung Kandang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
- 1
- 2