ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Tuesday, 28 May 2024 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS
25 Mei 2024
16 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri serta 150 peserta program MFLS Tier 3.
MFLS ialah Program Nasional yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin hari ini dan masa depan Malaysia. la telah dilancarkan pada 3 Mei 2019 di Dewan Canselor, Universiti Malaya. Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Kecemerlangan dan Pembangunan Kepimpinan (i-LEAD) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini. Tiga agensi utama yang terlibat dalam program MFLS ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pada 1 Januari 2024, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) kini dikenali Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri diamanahkan untuk meneruskan Program Nasional ini yang memasuki tahun ke-enam pelaksanaan.
Program MFLS Tier 3 adalah pelengkap kepada keseluruhan modul MFLS daripada Tier 1 hingga Tier 3 merangkumi elemen kepimpinan, kenegaraan, pembentukan watak dan jati diri, kesukarelawanan, keusahawanan, komunikasi serta pengantarabangsaan.
Program ini juga tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja malah terbuka kepada pelbagai jenis latar belakang masyarakat Malaysia. Semua ini diadunkan menjadi satu modul yang akan mencungkil bakat dan kemahiran peserta secara lebih terperinci.
Hanya 150 orang daripada lebih 20,000 penyertaan yang berjaya hingga MFLS Tier 3. Peserta yang dipilih menyertai program MFLS Tier 3 akan berpeluang untuk mengikuti aktiviti yang lebih banyak dengan pelbagai pendedahan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS 2

 

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS 3

  • Tweet

What you can read next

aktiviti tyt
Kunjungan Hormat dari Duta Malaysia Ke Brazil
Solat Isyak dan Terawih di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang
Solat Isyak dan Terawih di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang
Kunjungan Hormat Presiden Of China Railway Dongfang Group Sdn. Bhd.

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    11 Jun 2025 14 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP