ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Monday, 19 August 2024 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan ‘Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka’ di Istana Budaya

Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya2
16 Ogos 2024
11 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka Anjuran Istana Budaya & Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
Program ini membawakan persembahan muzik klasikal pop bertemakan patriotik seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 serta turut memeriahkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024. Persembahan berkonsepkan muzik orkestra oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang menggabungkan elemen nyanyian, lakonan, tari, pencahayaan dan visual dalam bentuk theatrical, transformasi negara dari sebelum mencapai kemerdekaan sehingga kini.
Persembahan berdurasi 1 jam 30 minit ini menyaksikan keunikan hasil garapan pengarah persembahan Mohd Zulfaqar Awaluddin atau mesra dikenali sebagai Belalang dengan mengangkat penceritaan melalui peredaran era muzik sebagai simbolik mencerminkan perjalanan sejarah dan semangat kemerdekaan negara. Setiap segmen akan disokong dengan visual dan pencahayaan selain dari nyanyian, muzik, tari dan lakonan serta terbahagi kepada beberapa segmen yang akan menggambarkan setiap era dan juga mesej yang tertentu bersesuaian mengikut tema.
Turut memperkuatkan lagi jalan cerita persembahan ini adalah pemilihan lagu yang berunsurkan patriotisme dengan gabungan nyanyian suara daripada artis jemputan seperti Liza Hanim, Azlan & Typewriter, Asmidar dan Azizul Haqim serta diselang seli dengan persembahan tarian oleh Artis Tari Istana Budaya (ARTISTANA).

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Kancing Suasa, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Fantasia Bulan Madu, Keroncong Alunan Biola, Bahtera Merdeka, Gemuruh dan Sejahtera Malaysia sambal diiringi 58 pemuzik OSK termasuk pemuzik jemputan yang diketuai Nasran Nawi selaku konduktor persembahan.Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya1

Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya3

Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya4

  • Tweet

What you can read next

Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1446H/2025 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2
Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1446H/2025 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024
Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024
aktiviti tyt
Kunjungan Hormat dari Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    11 Jun 2025 14 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP