
13 Mac 2025
12 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Kampung Simpang Empat, Taboh Naning, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap ADUN Taboh Naning dan YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia ke Masjid Al-Muhsinin, Kampung Melekek Luar bagi menunaikan Solat Isyak dan Tarawih serta bermoreh bersama para jemaah masjid.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada kedua-dua buah masjid serta sumbangan bingkisan Ramadan kepada para jemaah.


