
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2025 yang diadakan di MITC, Ayer Keroh.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri serta Penjawat-Penjawat Awam Negeri Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Al-Alami, MITC, Melaka.


