
21 Mac 2025
20 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyampaikan sumbangan kepada 200 Fakir Miskin di Kampung Melayu yang merupakan kampung angkat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sembako kepada 5,000 Fakir Miskin dan Mangsa Banjir Jakarta Timur yang telah dirasmikan oleh YTH Bapak H. Sultan Najamudin, Ketua Senator Republik Indonesia yang diadakan di Dewan Masjid Istiqlal, Jakarta.


