
10 April 2025
11 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap ADUN Bukit Katil Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka.


