
11 April 2025
12 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memeriahkan Hari Raya tahun ini dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan yang diadakan di Taman Batang Melaka Jaya.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka bersama YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana bersama YB. Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka yang diadakan di Surau Taman Kota Laksamana, Taman Kota Laksamana, Melaka.


