
11 April 2025
12 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu Universiti Islam Melaka (UNIMEL) serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak usai selesai solat.
Turut hadir YB. Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia hadir ke jamuan Aidilfitri UNIMEL bersama pengurusan tertinggi serta kakitangan UNIMEL.


