
12 April 2025
13 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri merangkap ADUN Merlimau bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Orang Kampung Merlimau, Melaka.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang turut berkenan mencemar duli memeriahkan majlis ini.
Selesai di Merlimau TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka merangkap ADUN Telok Mas di Padang Bola Sepak, Taman Seri Telok Mas serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12 merangkap ADUN Lendu yang diadakan Dewan Japerun Lendu, Masjid Tanah, Melaka.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah Tahun 2025 yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka.


