
13 April 2025
14 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga merangkap ADUN Pengkalan Batu yang diadakan di Bachang, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB. Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka; YB. Tuminah Kadi @ Mohd Hashim, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna dan YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka.


