
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YA Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi (1) Melaka; YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Bomba Negeri Melaka.
Hadir sama Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin.
Sejurus tiba TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat gerai-gerai yang telah disediakan oleh kakitangan bomba dari seluruh negeri Melaka serta beramah mesra bersama hadirin dan kemudiaannya menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.


