
15 April 2025
16 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025 yang diadakan di Masjid Al-Aminin, Klebang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB dan Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga; Sekolah Rendah Arab (JAIM), Batang Tiga dan Pondok Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah serta sumbangan duit raya kepada Anak-Anak Tahfiz Pondok Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah.


