
18 April 2025
19 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berlepas balik ke Melaka daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah mencemar duli ke bilik Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bagi mengiringi TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan berlepas pulang.


