
19 April 2025
20 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafari di Selandar, Melaka dan Program Raya Sekampung, Kampung Bukit Senggeh Tahun 2025 bersama penduduk kampung Bukit Senggeh yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Jemputan Hari Raya dan Majlis Akikah Cucu YBhg. Datuk Wira Ismail Saleh, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.


