
20 April 2025
21 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. TYT Tun Seri Setia juga turut beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan penjawat awam yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ini.


