
2 Mei 2025
4 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tun Syed Ahmad Al Haj, Jalan Istana, Kampung Bukit Beruang, Melaka.
Sebelum ke masjid TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.


