
26 Mei 2025
28 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Keris Laksamana, Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.
Turut hadir YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim bersama Isteri; YB. Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka; YB. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan YB. Puan Leng Chau Yen, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
YABhg. Toh Puan turut menyempurnakan penyampaian anugerah kepada 4 ibu yang hebat iaitu Anugerah Ibu Inspirasi, Puan Hajah Zulhijah Binti Hj Abu Zarin; Anugerah Ibu Cekal, Puan Amnah Binti Ibrahim; Anugerah Ibu Usahawan, Puan Faridah Binti Musa; dan Anugerah Ibu Waja, Puan Fairuz Aziha Binti Shamsudin.


