ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Dzulkarnain bin Baharuddin

Friday, 13 June 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Dzulkarnain bin Baharuddin
10 Jun 2025
13 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Dzulkarnain bin Baharuddin, Pengarah Pendaftaran Negeri Melaka yang baru.
Hadir sama Puan Nurhafidah binti Ali, Timbalan Pengarah Pendaftaran Negeri Melaka dan Encik Nur Azri Aizat bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah Pendaftaran Negeri Melaka.
Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Dzulkarnain bin Baharuddin 2 Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Dzulkarnain bin Baharuddin 3
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)

Friday, 13 June 2025 by tytmelaka
Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
9 Jun 2025
12 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) Sempena Hari Raya Aidiladha 1446H di perkarangan Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) 2 Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) 3 Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajjah Azizah binti Jaim

Friday, 13 June 2025 by tytmelaka
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajjah Azizah binti Jaim
9 Jun 2025
12 Zulhijjah 1446H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya:Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajjah Azizah binti Jaim di Bukit Katil serta menyampaikan takziah kepada ahli keluarga.
Semoga Allahyarhamah diampunkan dosa serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajjah Azizah binti Jaim 2 Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajjah Azizah binti Jaim 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1446H/2025M

Friday, 13 June 2025 by tytmelaka
Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1446H/2025M
7 Jun 2025
10 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1446H/2025M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan juga berkesempatan menziarahi makam Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia juga berkesempatan melihat acara korban berkelompok yang diadakan di dataran Masjid Al-Azim serta menyempurnakan penyampaian daging kurban.
Program Kurban Perdana Peringkat Negeri Melaka tahun 1446H di Masjid Al-Azim kali ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak ezQurban. Sebanyak 10 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada penerima-penerima.
Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1446H/2025M 2 Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1446H/2025M 3 Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1446H/2025M 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1446H & Solat Isyak

Friday, 13 June 2025 by tytmelaka
Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1446H & Solat Isyak
6 Jun 2025
9 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1446H & Solat Isyak di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1446H & Solat Isyak 2 Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1446H & Solat Isyak 3 Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1446H & Solat Isyak 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga

Friday, 13 June 2025 by tytmelaka
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga
6 Jun 2025
9 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka serta anakanda menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang uzur iaitu Encik Mohamad Ahad di Sungai Putat kemudiannya di Peringgit TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Dato’ Sidang Haji Johar, Encik Mawi, YBhg. Datuk Haji Haron bin Mohd Dom dan Encik Fakir Mohd bin Karim di Bukit Katil.
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga 2 Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga 3 Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga 4 Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga 5 Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga 6
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid An Nur, Kampung Beringin, Durian Tunggal

Friday, 13 June 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid An Nur, Kampung Beringin, Durian Tunggal
6 Jun 2025
9 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Kampung Beringin, Durian Tunggal seterusnya menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan Pegawai Syarak Masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menjamu selera di gerai makan di Durian Tunggal bersama YB. Datuk Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Durian Tunggal yang turut hadir sama.
Solat Jumaat di Masjid An Nur, Kampung Beringin, Durian Tunggal 2 Solat Jumaat di Masjid An Nur, Kampung Beringin, Durian Tunggal 3 Solat Jumaat di Masjid An Nur, Kampung Beringin, Durian Tunggal 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea

Wednesday, 04 June 2025 by tytmelaka
Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea 3
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Mendiang Madam Lee Leong Bee dan Mendiang Madam Chua Seah Pea di Jelutong Funeral Hall, Sungai Putat.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang dan berharap keluarga bersabar di atas kehilangan orang tersayang.
Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea 4 Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea 1 Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Kali Ke-12

Wednesday, 04 June 2025 by tytmelaka
Perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Kali Ke-12 1
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali kali ke-12, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Dalam majlis ini beberapa anugerah telah disampaikan kepada pelajar-pelajar cemerlang antaranya ialah Anugerah Khatam Hafazan, Anugerah Muaz bin Jabal, Anugerah Abdullah bin Mas’ud, Anugerah Anas bin Malik, Anugerah Dekan, Anugerah Tahriri, Anugerah al-Syatibi dan Anugerah al-Qaradawi.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Muiz Hakimi bin Mohd Khairi yang mendapat Anugerah Sayyidina Ali (Tokoh Huffaz) iaitu anugerah untuk pelajar yang cemerlang daripada sudut akademik, hafazan Al-Quran, penglibatan kokurikulum dan sahsiah sepanjang 3 tahun pengajian.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan-graduan yang telah berjaya dan semua warga kerja KAQSA bagi menjayakan majlis ini.
Perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Kali Ke-12 2 Perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Kali Ke-12 3 Perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Kali Ke-12 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Melaka Titans Juarai CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Division 1 2025

Wednesday, 04 June 2025 by tytmelaka
Melaka Titans Juarai CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Division 1 2025

4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H

Tahniah kepada Pasukan Melaka Titans yang telah muncul Juara bagi saingan CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Division 1 2025.

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa dan Pemain Persatuan Sepak Takraw Melaka.

TYT Tun Seri Setia berharap semoga Pasukan Melaka Titans akan terus maju dan berjaya bagi mengharumkan nama Malaysia dan Negeri Melaka khususnya.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP