
08 Julai 2025
12 Muharram 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman selaku Pengerusi Persatuan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) telah hadir ke Program Seminar “Wanita Anggun : Penggayaan pakaian & Berkomunikasi” yang diadakan di Swiss Garden Hotel, Melaka.
Program seminar anjuran Persatuan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Utama Datin Wira Zuriyah binti Abd Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman serta kesedaran kepada kaum wanita berhubung kepentingan menjaga keterampilan diri, penggayaan pakaian & perhiasan yang sesuai dalam persekitaran yang tertentu, serta cara berkomukasi yang lebih baik bagi meningkatkan keyakinan wanita dalam kehidupan sosial seharian. Ceramah disampaikan oleh pakar perunding imej CUTECARRY, Encik Hafiz Mustapha.
Turut hadir YB. Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka; Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI); Pertubuhan Perkumpulan perempuan (WI); Persatuan Keluarga Polis (PERKEP dan Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS).



