
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahim, Kg Tengah Padang, Merlimau, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan solat jenazah dan hadir ke majlis pengebumian bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Cikgu Saleh bin Lempah iaitu bapa kepada YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Usai selesai di masjid, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi Encik Awal bin Bugal yang sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Melaka.
Manakala pada sebelah pagi TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Jamaat bin Hitam di kediamannya di Bukit Katil, Melaka.



