
16 Julai 2025
20 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut dan diberi taklimat oleh Encik Mahmudin bin Saleh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM.
Lawatan dimulakan di Galeri Penyelidikan dan Muzium FRIM kemudiannya ke Pusat Teknologi Herba (HTC) bagi melihat pempropesan herba-herba tempatan daripada awal sehingga ke produk akhir.
Setelah itu lawatan ke Pusat Bioteknologi Biousahawan FRIM. Dr. Siti Suhaila binti A. Rahman, selaku Ketua Pusat Bioteknologi Biousahawan telah memberikan taklimat dan penerangan proses-proses berkenaan pengklonan, bioteknologi terhadap pokok-pokok yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.



