
16 Julai 2025
20 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269 ini.
Antara agenda penting mesyuarat kali ini termasuk Taklimat Khas Keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.



