
18 Julai 2025
22 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia turut menunaikan Solat Jenazah Allahyarham Haji Abdullah bin Musa bersama jemaah lain kemudiannya menjamu selera di restoran Ole-Ole Rasa, Melaka Raya.
Sebelum pulang TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang merupakan Setiausaha Politik semasa TYT Tun Seri Setia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka serta melawat isteri mantan pengawal peribadi TYT Tun Seri Setia di kediamannya di Ozana Resort, Melaka.



