
8 Ogos 2025
14 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.
Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2; YABhg. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8; YBhg. Dato’ Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara dan YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Dr. Abdul Malik Abdullah, Pengerusi Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA).
Tahniah diucapkan kepada YABhg. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 kerana telah menerima Anugerah Lifetime Visionary Leadership yang telah disampaikan oleh TYT Tun Seri Setia.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menyampaikan lagi kepada 10 penerima anugerah lain.



