ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Iftar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka

Wednesday, 20 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Iftar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Surau Al-Majid, Perumahan Polis Seri Temenggong, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka bersama isteri YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Hajah Munira binti M. Yusop serta YDH DCP Dato’ Zainal bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka bersama isteri YBhg. Datin Sabariah binti Haji Hashim.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan ramadhan kepada balu-balu dan anak-anak yatim PDRM Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan dengan YBhg. Datuk Zakaria bin Mohd Edris, Ahli Parlimen Libaran.

Tuesday, 19 April 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan dengan YBhg. Datuk Zakaria bin Mohd Edris, Ahli Parlimen Libaran.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Fardhu Maghrib di DUN Ayer Limau Melaka

Tuesday, 19 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Fardhu Maghrib di DUN Ayer Limau di Masjid Namirah Felcra Ramuan China, Melaka anjuran YB Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau. Turut hadir YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Linggi.
Majlis diteruskan dengan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Ubudiah Ramuan China Kecil, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 6 orang penerima sumbangan baik pulih rumah yang telah terkesan akibat banjir dan sumbangan kepada pegawai syarak masjid.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Melawat Kawasan Bazar Aidilfitri di Jalan Hang Tuah Melaka

Monday, 18 April 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka singgah di Bazar Aidilfitri di Jalan Hang Tuah Melaka dan menyantuni peniaga-peniaga dan pengunjung di sana.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Monday, 18 April 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Tuan Haji Mahpar Atan, Ketua Pengarah Pengurusan Kanan dan Tuan Haji Kamaruzaman Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi).

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Ihya’ Ramadhan Penjawat Awam bersama Ketua Menteri Melaka

Monday, 18 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Ihya’ Ramadhan Penjawat Awam Tahun 2022M/1443H bersama YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka.
Majlis ini dihadiri oleh barisan kepimpinan Negeri Melaka iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Exco-Exco, Ex-Officio, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta penjawat awam Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menunaikan Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak serta Solat Sunat Tarawih bersama tetamu di Seri Bendahara.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Asy Sujaah, Merlimau, Melaka.

Sunday, 17 April 2022 by TYTMelaka
Solat Sunat Terawih
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Asy Sujaah, Merlimau, Melaka.
Turut hadir YB. Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta jemaah yang hadir.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka.

Friday, 15 April 2022 by TYTMelaka
Solat Jumaat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka.
Turut hadir YBhg. Dato’ Che Sukri Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Ahli Dewan Negara. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Iftar Ramadhan, Yasin dan Tahlil serta Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia

Friday, 15 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Iftar Ramadhan, Yasin dan Tahlil serta Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia 1443H/2022M yang telah dianjurkan oleh YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Turut hadir Atlet-Atlet Silat Kebangsaan yang akan bertanding di Sukan SEA, Hanoi, Vietnam. Penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan atlet silat kebangsaan telah disempurnakan TYT Tun Seri Setia.
TYT Tun Seri Setia turut menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Solat Fardhu Isyak serta Solat Sunat Tarawih bersama-sama para tetamu.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyinggah di Ayer Keroh Leypark Station bagi melihat kemeriahan tempat tersebut.

Friday, 15 April 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka singgah di Ayer Keroh Leypark Station bagi melihat kemeriahan tempat tersebut.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat kedai-kedai dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan pengunjung di sana.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29

Recent Posts

  • Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea 3

    Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea

    4 Jun 2025 7 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP