ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Perjumpaan Bersama Exco Pendidikan dan Exco Perumahan Kerajaan Negeri Melaka

Friday, 01 July 2022 by TYTMelaka
Perjumpaan
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan perjumpaan bersama YB. Datuk Rais bin Yasin, Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka dan isteri dan YB. Datuk Zaidi Bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Negeri Melaka dan isteri di Istana Melaka.
Alhamdulillah, kedua-dua YB Datuk Zaidi dan isteri serta YB Datuk Rais dan isteri akan bertolak ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan Ibadah Fardhu Haji pada tahun ini. Didoakan agar kedua-dua mereka dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan ibadah Haji dan dikurniakan Haji Mabrur.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Tandatangan ‘Heads Of Agreement’

Thursday, 30 June 2022 by TYTMelaka
Majlis tandatangan

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Majlis Tandatangan ‘Heads Of Agreement’ diantara Syarikat Sersol Berhad yang diwakili oleh YBhg. Datuk Wira Justin Lim dengan Syarikat MJets Limited Thailand yang diwakili oleh Mr. Natthapatr Sibunruang.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-259

Thursday, 30 June 2022 by TYTMelaka
Mesyuarat raja-raja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-259 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-259 pada hari kedua ini.
Mesyuarat MRR kali ini telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu. Turut berangkat KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Pemangku Raja Pahang, YTM Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan, mewakili KDYMM Sultan Kelantan, dan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, mewakili DYMM Sultan Johor.
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang serta YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Seri Ismail Sabri Yaakob.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Wednesday, 29 June 2022 by TYTMelaka
Majlis Makan Malam

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-259 di Istana Negara di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi sahabat lama di Banting Selangor

Wednesday, 29 June 2022 by TYTMelaka
bertanyakan khabar

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi sahabat lama Encik Ramly bin Mohd Sharif, 76 tahun di Kampung Endah, Banting, Selangor.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-259

Wednesday, 29 June 2022 by TYTMelaka
Mesyuarat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-259 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-259 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Gala Dinner & World Digital Distinguished Entrepreneur Lifetime

Tuesday, 28 June 2022 by TYTMelaka
Majlis Makan Malam
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Gala Dinner & World Digital Distinguished Entrepreneur Lifetime Achievement Awards and Corporate Excellence Awards sempena Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia (WDET) di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia juga turut menyempurnakan penyampaian anugerah kepada 39 orang pemenang World Digital Distinguished Entrepreneur
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Memberi Penghormatan Terakhir Kepada Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK)

Monday, 27 June 2022 by TYTMelaka
Memberi Penghormatan terakhir
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menziarahi keluarga kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Mddi bin Haji Ibrahim, Setiausaha, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Melaka di Pernu yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini.
TYT Tun Seri Setia juga telah bersama-sama menunaikan Solat Jenazah dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan sehingga Allahyarham dikebumikan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Pertandingan Pidato Rukun Negara

Monday, 27 June 2022 by TYTMelaka
Mesyuarat pidato

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2022 yang akan diadakan tahun ini.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Monday, 27 June 2022 by TYTMelaka
Perbincangan Kerja

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YB. Dato’ Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11

Recent Posts

  • Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea 3

    Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea

    4 Jun 2025 7 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP