Meluangkan masa bermoreh bersama pengamal media Negeri Melaka di Char Kurt Teow Ketagih, Melaka
Sunday, 23 March 2025
23 Mac 2025
22 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa bermoreh bersama pengamal media Negeri Melaka di Char Kurt Teow Ketagih, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Isyak dan Terawih di Masjid ‘Ibadur Rahman Tangga Batu Kechil, Melaka
Saturday, 22 March 2025
22 Mac 2025
21 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid ‘Ibadur Rahman Tangga Batu Kechil, Melaka.
Setelah selesai terawih, TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI Kali Ke-15 Tahun 1446H/2025M
Friday, 21 March 2025
21 Mac 2025
20 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI Kali Ke-15 Tahun 1446H/2025M yang berlangsung di Dewan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YTH Bapak Dito Ariotedjo, Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia.
Turut hadir YTH Bapak H. Rahmatsyah, Dewan Pembina Indonesia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyampaikan sumbangan kepada 200 Fakir Miskin di Kampung Melayu
Friday, 21 March 2025
21 Mac 2025
20 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyampaikan sumbangan kepada 200 Fakir Miskin di Kampung Melayu yang merupakan kampung angkat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sembako kepada 5,000 Fakir Miskin dan Mangsa Banjir Jakarta Timur yang telah dirasmikan oleh YTH Bapak H. Sultan Najamudin, Ketua Senator Republik Indonesia yang diadakan di Dewan Masjid Istiqlal, Jakarta.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia
Friday, 21 March 2025
21 Mac 2025
20 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut YBrs. Prof. Dr. K.H. Nasaruddin Umar, Imam Besar Masjid Istiqlal.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kali ke-15 Tahun 2025
Thursday, 20 March 2025
20 Mac 2025
19 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kali ke-15 Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Menpora, Kementrian Pemuda dan Olahraga Indonesia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Penutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025M/1446H
Wednesday, 19 March 2025
19 Mac 2025
18 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025M/1446H yang diadakan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2025
Tuesday, 18 March 2025
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2025 yang diadakan di MITC, Ayer Keroh.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri serta Penjawat-Penjawat Awam Negeri Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Al-Alami, MITC, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Naiyl M. Latypov
Tuesday, 18 March 2025
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Naiyl M. Latypov, Duta Besar Rusia ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar
Tuesday, 18 March 2025
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Hadir sama YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Abdul Aziz bin Abu Hassan, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan; YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima 3 Divisyen dan YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Ts. Reizal Arif bin Tan Sri Ismail, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota.


- Published in Arkib Berita, Berita