ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak

Monday, 17 March 2025 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak
17 Mac 2025
16 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak di Sungai Udang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima Divisyen Ketiga Infantri dan YDH. Brigedier Jeneral Khairul Anwar bin Soib, Panglima 10 Briged (Para).
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa serta solat Maghrib di Kelab Rekreasi Pegawai Tentera (AORC), Kem Terendak dan diteruskan dengan solat Isyak serta Tarawih di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak.
Usai moreh bersama warga kem TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan Bingkisan Ramadan dan sumbangan kepada masjid.
Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak 2 Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak 3 Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC)

Sunday, 16 March 2025 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC)
16 Mac 2025
15 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia, yang juga penaung kepada MBBC, disambut TYT Dr. Edin Jahic, Duta Besar Bosnia & Herzegovina ke Malaysia dan YBhg. Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, Presiden MBBC.
Turut berlangsung Majlis Penyerahan Waqf Al-Quran dari pihak MBBC kepada TYT Duta Besar sambil disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia. Seterusnya TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Surau AGIB, Bukit Katil, Melaka.
Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) 2 Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) 3 Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) 4Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) 2 Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) 3 Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau

Saturday, 15 March 2025 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau
15 Mac 2025
14 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Masjid Ar Rabani Sungai Siput, Lubok Cina disambut YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerjaraya, Infrasuktur, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Limau dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 130 orang penerima.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Ibnu Sina, Sungai Jerneh, Lubok Cina, Melaka serta bermoreh bersama para jemaah.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada kedua-dua buah masjid serta sumbangan bingkisan Ramadan kepada para jemaah.
Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau 2 Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau 3 Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman

Saturday, 15 March 2025 by tytmelaka
Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bersama delegasi di Istana Melaka.
Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman 2 Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman 3 Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman 4
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Friday, 14 March 2025 by tytmelaka
Penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTEM, memberikan penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) iaitu Allahyarham Encik Al-Qais Bin Alias, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CDO) di Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka, yang telah kembali ke Rahmatullah akibat terlibat dengan kemalangan pada hari semalam, 13 Mac 2025.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini.
Penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 3 Penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Iftar bersama warga UTeM

Friday, 14 March 2025 by tytmelaka
Majlis Iftar bersama warga UTeM
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir ke Majlis Iftar bersama warga UTeM yang diadakan diperkaranagan Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Melaka.
Turut hadir YBhg. Dato’ Dr, Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Dato’ Seri Hasan Malek, Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Canselor UTeM; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YBhg. Datuk Hajjah Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Holdings Sdn Bhd; YBrs. Puan Rusnah Binti Aluai, Ahli Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM dan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Di majlis ini TYT Tun Seri Setia telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Sambutan Jubli Perak (25 tahun) UTeM.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan daripada Tabung Amal Jariyah Pusat Islam, Peruntukan Masjid Sayyidina Abu Bakar dan Zakat Individu kepada 50 orang pelajar asnaf UTeM.
Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib dan Isyak serta Tarawih secara berjemaah di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada imam dan masjid.
Majlis Iftar bersama warga UTeM 2 Majlis Iftar bersama warga UTeM 3 Majlis Iftar bersama warga UTeM 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka

Friday, 14 March 2025 by tytmelaka
Mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka.
Program memasak bubur lambuk ini telah bermula daripada pagi dengan penglibatan kakitangan Istana Melaka dan Anggota Polis Cawangan Istana Melaka bersama-sama TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan.
Mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka 2 Mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka 3 Mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang Bukit Rambai

Friday, 14 March 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang Bukit Rambai 2
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang Bukit Rambai serta menyampaikan sumbangan bingkisan Ramadan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Haji Abdul Rahman bin Che Man di kediamannya di Kampung Baru Tanjung Minyak Jaya.
Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang Bukit Rambai Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang Bukit Rambai 3 Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang Bukit Rambai 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning

Thursday, 13 March 2025 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning
13 Mac 2025
12 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Kampung Simpang Empat, Taboh Naning, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap ADUN Taboh Naning dan YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia ke Masjid Al-Muhsinin, Kampung Melekek Luar bagi menunaikan Solat Isyak dan Tarawih serta bermoreh bersama para jemaah masjid.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada kedua-dua buah masjid serta sumbangan bingkisan Ramadan kepada para jemaah.
Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning 2 Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning 3 Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi

Thursday, 13 March 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi
13 Mac 2025
12 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara Malaysia turut mengemukakan Prestasi Kewangan Negeri Melaka dan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka bagi Tahun 2023.
Turut hadir sama YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III; YBrs. Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan; YBrs. Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka; YBrs. Puan Siti Fatimah binti Mansor, Timbalan Pengarah Audit Negeri Melaka.
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi 2 Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi 3 Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi 4
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP