ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua

Wednesday, 19 February 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua
14 Februari 2025
15 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua 2 Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua 3 Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M

Wednesday, 19 February 2025 by tytmelaka
Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M
13 Februari 2025
14 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M yang diadakan di Masjid Nur As-Sa’adah, Pengkalan Batu, Melaka.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan bacaan Yasin serta Doa Selamat yang dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Kemudiannya diteruskan dengan Tazkirah bertajuk “Nisfu Syaaban: Keharuman yang Dicari” Oleh Al Allamah Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari, Penasihat Am Jabatan Mufti Mesir.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri dan YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M 2 Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M 3 Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai

Wednesday, 19 February 2025 by tytmelaka
Menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
13 Februari 2025
14 Syaaban 1446H
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Umbai, Melaka.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai yang sedang menerima rawatan di Hospital Jasin.
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka juga turut berada di Hospital Jasin bersama TYT Tun Seri Setia.
Peristiwa kebakaran yang tragis ini telah meragut nyawa seorang ibu bersama empat orang anaknya.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang beriman.
Setelah itu, TYT Tun Seri Setia turut melawat beberapa pesakit lain di wad Hospital Jasin. TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan rasa syukur apabila dimaklumkan oleh YBhg. Dr. Azhar bin Mohd Sali, Pengarah Hospital Jasin bahawa telah ada doktor pakar bertugas di Hospital Jasin.
YBhg. Dr. Azhar turut memaklumkan kepada TYT Tun Seri Setia bahawa Hospital Jasin mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk penambahan wad baru kerana kapasiti wad sedia ada tidak dapat lagi menampung jumlah pesakit yang semakin ramai.
Menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai 2 Menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai 3 Menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat Perpisahan dari YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal

Wednesday, 19 February 2025 by tytmelaka
unjungan Hormat Perpisahan dari YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal
12 Februari 2025
13 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan dari YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para).
Turut hadir sama YDH. Brigedier Jeneral Khairul Anwar bin Soib, Panglima 10 Briged (Para) yang baru.
unjungan Hormat Perpisahan dari YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal 2 unjungan Hormat Perpisahan dari YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal 3
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Sri Lanka yang ke-77

Wednesday, 19 February 2025 by tytmelaka
4 Februari 2025
5 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Sri Lanka yang ke-77 di Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh Mr. M. I. Mohamed Rizvi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia.
Majlis turut dihadiri YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta Duta-Duta Besar, Duta serta Pesuruhjaya Tinggi perwakilan asing.
Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Sri Lanka yang ke-77 2 Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Sri Lanka yang ke-77 3 Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Sri Lanka yang ke-77 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-268

Tuesday, 18 February 2025 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-268
5 Februari 2025
6 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-268 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-268 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-268 2 Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-268 3 Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-268 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Kongratbay Sharipov

Tuesday, 18 February 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Kongratbay Sharipov
4 Februari 2025
5 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Kongratbay Sharipov, Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan di Kuala Lumpur.
TYT Menteri hadir bersama delegasi Prof. Bakhtiyor Makhkamov, Rektor Universiti Teknologi Maklumat Tashkent; Dr. S.Siddikova, Rektor Institut Teknologi Kejuruteraan Bukhara; Prof. Adham Khudoykulov, Pengarah Pejabat Projek Sektor Pendidikan di bawah Pentadbiran Presiden Uzbekistan dan Rasulbek Otakhanov, Ketua Protokol Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi.
Turut hadir Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Massila Kamalruddin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YBhg. Prof Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad, Presiden dan Pengasas Geomatika Group of Companies.
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Kongratbay Sharipov 2 Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Kongratbay Sharipov 3 Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Kongratbay Sharipov 4
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Lawatan Rasmi ke Media Prima Berhad di Bangsar, Kuala Lumpur

Tuesday, 18 February 2025 by tytmelaka
Lawatan Rasmi ke Media Prima Berhad di Bangsar, Kuala Lumpur
4 Februari 2025
5 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan Rasmi ke Media Prima Berhad di Bangsar, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad serta pihak pengurusan dan kakitangan Media Prima.
Semasa lawatan TYT Tun Seri Setia diberikan taklimat korporat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Efendi Omar, Ketua Pegawai Operasi (Direct Solutions) Media Prima Omnia.
Kemudian TYT Tun Seri Setia dibawa melawat ke bahagian Editorial, Rev Media Group dan News & Current Affairs Studios.
TYT Tun Seri Setia juga turut mencuba menjadi penyampai berita Buletin Utama bersama pembaca berita terkenal Puan Pang Chinn Fei semasa berada di Bilik Rakaman Buletin Utama TV3.
Sebelum menamatkan lawatan TYT Tun Seri Setia turut melawat konti-konti radio di bawah Kumpulan Media Prima Berhad iaitu Hot FM, Fly FM, Kool 101 FM dan Eight FM.
Lawatan Rasmi ke Media Prima Berhad di Bangsar, Kuala Lumpur 2 Lawatan Rasmi ke Media Prima Berhad di Bangsar, Kuala Lumpur 3 Lawatan Rasmi ke Media Prima Berhad di Bangsar, Kuala Lumpur 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil

Monday, 10 February 2025 by tytmelaka
31 Januari 2025
1 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersama keluarga di Kediaman Galeri Bukit Katil.
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil 2 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pesta Tahun Baru Cina Machap Umboo Baru Tahun 2025

Monday, 10 February 2025 by tytmelaka
Pesta Tahun Baru Cina Machap Umboo Baru Tahun 2025
31 Januari 2025
1 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Pesta Tahun Baru Cina Machap Umboo Baru Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Kampung Permai Machap Umboo Baru, Alor Gajah, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta YBhg. Datuk Yap Yong Leong, Pengerusi Majlis Tanglung.
Pesta Tahun Baru Cina Machap Umboo Baru Tahun 2025 2 Pesta Tahun Baru Cina Machap Umboo Baru Tahun 2025 3 Pesta Tahun Baru Cina Machap Umboo Baru Tahun 2025 4 Pesta Tahun Baru Cina Machap Umboo Baru Tahun 2025 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP