Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.
Wednesday, 23 July 2025
22 Julai 2025
26 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.
Hadir sama Prof. Madya Dr. Salinah binti Ja’afar, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Encik Saifulzaman bin Zahariman, Pegawai Khas kepada Naib Canselor.




- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025
Monday, 21 July 2025
20 Julai 2025
24 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 yang diadakan di Gelanggang Gasing Delima, Kampung Pengkalan Renggam, Kandang, Melaka.
Kira-kira 100 peserta daripada 16 pasukan termasuk wakil dari negara Indonesia, Thailand, Singapura dan peserta daripada seluruh Malaysia berentap selama 3 hari di sini.
Pertandingan yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencetuskan minat bagi permainan gasing diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Usaha seperti ini perlu terus dipergiat untuk menghidupkan seni permainan tradisional Melayu khususnya permainan gasing pangkah bagi memastikan warisan ini tidak hilang ditelan zaman.
Sementara itu beberapa ketua pasukan gasing dari luar negara memuji inisiatif DMDI mempromosi permainan tradisional bagi memartabatkan permainan gasing menerusi pertandingan antarabangsa seperti ini.
Selepas menyempurnakan perasmian penutup, TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Selangor menentang pasukan Melaka yang telah berlangsung dengan penuh sengit.
Tahniah kepada pasukan Selangor yang telah muncul sebagai juara untuk Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 edisi pertama ini.
Turut hadir YB Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Islam merangkap ADUN Ayer Molek; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan DMDI; YBrs. Cik Ezlina Binti Alias, Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Melaka dan YBhg. Datuk Haji Abu Bakar Bin Abdul selaku Pengerusi pertandingan.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang, Selangor Darul Ehsan.
Monday, 21 July 2025
19 Julai 2025
23 Muharram 1447H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas persilaan kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang, Selangor Darul Ehsan.
DYMM Tuanku turut mencemar duli berangkat ke Galeri Diraja serta berkenan menyampaikan pengisahan kepada TYT Tun Seri Setia sejarah di sebalik bahan-bahan pameran yang ada di galeri tersebut yang merupakan koleksi peribadi ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.
Hadir sama YAM Tengku Abdul Samad Alhaj, Tengku Panglima Besar Selangor; Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj, Pengerusi Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan ahli-ahli Kerabat Diraja Selangor yang lain.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Monday, 21 July 2025
18 Julai 2025
22 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia turut menunaikan Solat Jenazah Allahyarham Haji Abdullah bin Musa bersama jemaah lain kemudiannya menjamu selera di restoran Ole-Ole Rasa, Melaka Raya.
Sebelum pulang TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang merupakan Setiausaha Politik semasa TYT Tun Seri Setia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka serta melawat isteri mantan pengawal peribadi TYT Tun Seri Setia di kediamannya di Ozana Resort, Melaka.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBrs. Al-Allamah Sheikh Zakaria, Ulamak Hadith Syria
Monday, 21 July 2025
18 Julai 2025
22 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Al-Allamah Sheikh Zakaria, Ulamak Hadith Syria di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Hadir sama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka dan Ustaz Haji Mohammad Hadi bin Tuan Guru Haji Minhat, Mudir Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka serta delegasi.




- Published in Arkib Berita, Berita
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor.
Thursday, 17 July 2025
16 Julai 2025
20 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut dan diberi taklimat oleh Encik Mahmudin bin Saleh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM.
Lawatan dimulakan di Galeri Penyelidikan dan Muzium FRIM kemudiannya ke Pusat Teknologi Herba (HTC) bagi melihat pempropesan herba-herba tempatan daripada awal sehingga ke produk akhir.
Setelah itu lawatan ke Pusat Bioteknologi Biousahawan FRIM. Dr. Siti Suhaila binti A. Rahman, selaku Ketua Pusat Bioteknologi Biousahawan telah memberikan taklimat dan penerangan proses-proses berkenaan pengklonan, bioteknologi terhadap pokok-pokok yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YBhg. Puan Sri Akmal Abdul Salam, Penaung Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA).
Thursday, 17 July 2025
16 Julai 2025
20 Muharram 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat YBhg. Puan Sri Akmal Abdul Salam, Penaung Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA).
Turut hadir Cik Lim Kim Foong, Presiden BCWA; Puan Joanna Low, Pengurus Besar BCWA; Datin Zainab Binti Abdullah, Pengurus Outreach Komuniti; Puan Chang Chu San, Kapten Pink Power; serta YBhg. Dato’ Norsabrina Bt Mohd Noor, Setiausaha Agung, World Youth Foundation (WYF).
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh tiga (3) orang Survivor Kanser Payudara iaitu Puan Amnah Binti Mohammad Salleh, Puan Khainifa Binti Khalil dan Puan Mazwin Binti Mohd Radli.




- Published in Arkib Berita, Berita
Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269
Thursday, 17 July 2025
16 Julai 2025
20 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269 ini.
Antara agenda penting mesyuarat kali ini termasuk Taklimat Khas Keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia
Wednesday, 16 July 2025
14 Julai 2025
18 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YBrs. Puan Arleen Binti Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil); YBrs. Tuan Haji Nassir Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah); Puan Rosedalliyaty Binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi & Nasihat Syariah; Tuan Muhammad Qaiyyum Bin Ramlan, Pengarah Bahagian Pengantaraan Syariah dan Puan Siti Salwa Binti Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi serta Hal Ehwal Agama dan YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi membentangkan cadangan Program TVET Selam Scuba kerjasama antara JAIM dengan Maahad Sains Al-Quran Al-Amin (MASAA) yang bertempat di Maahad Tahfiz Bistari JAIM, Pulau Besar, Melaka.
Turut hadir sama YBrs. Encik Shaifulfazlee Bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka; Encik Ikram Bin Rosli, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan JAIM; Encik Abd. Kadir Bin Husin, Pengetua Maahad Tahfiz Bistari (JAIM), Pulau Besar dan Ustaz Muhamad Bin Abdullah, Pengetua Maahad Sains Al Quran Al Amin.




- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Vijitha Herath, Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment & Tourism of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka
Wednesday, 16 July 2025
12 Julai 2025
16 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Vijitha Herath, Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment & Tourism of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka
Turut hadir Ms Chamari Rodrigo, Director General Southeast Asia & Central Asia Division Ministry of Foreign Affairs and ARF SOM Leader dan M.I Mohamed Rizvi, Acting High Commissioner High Commission of Sri Lanka in Malaysia.




- Published in Arkib Berita, Berita