Majlis Silaturahim Ambang Sore Tahun Baru 2025
Friday, 03 January 2025
30 Disember 2024
28 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman merangkap Canselor Universiti Geomatika Malaysia (UGM) menghadiri Majlis Silaturahim Ambang Sore Tahun Baru 2025 bersama Ahli Lembaga Pengarah UGM dan Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) yang diadakan di Dewan MEHAS UGM Melaka.
Turut hadir YBhg. Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi bin Mohamad, Presiden Kumpulan Pendidikan Geomatika & Pengerusi Biro Pendidikan DMDI; YBhg. Prof. Datin Nazirah Mohaizi, Timbalan Presiden 1 Kumpulan Pendidikan Geomatika dan YBhg. Datuk Mazrin Rohizaq bin Che Rose, Timbalan Presiden 2 Kumpulan Pendidikan Geomatika.
YABhg. Toh Puan turut berkesempatan menunjukkan bakat menghias kek dalam pertandingan santai sempena program ini.
Pihak universiti turut membuat kejutan sempena genap empat (4) tahun YABhg. Toh Puan sebagai Canselor Universiti Geomatika Malaysia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Melaka Berselawat Sempena Menyambut Tahun Baharu
Friday, 03 January 2025
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
29 Disember 2024
27 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Daguk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bersama hampir 50,000 umat islam ke Majlis Melaka Berselawat Sempena Menyambut Tahun Baharu yang berlangsung di Bandar Hilir, Melaka.
Hadir sama YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al- Qadri, Tunku Besar Tampin; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka bersama kepimpinan tertinggi kerajaan Negeri Melaka.
Majlis selawat dan qasidah ini telah diketuai oleh Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Ustaz Zul Ramli.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penutup Kejohanan Liga Bola Sepak & Kejohanan Liga Bola Jaring
Friday, 03 January 2025
28 Disember 2024
26 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyaksikan pertandingan akhir antara Tampoi FC menentang MBMB Warriors FC sempena Majlis Penutup Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam “Governor Cup” Edisi Ketiga Tahun 2024 dan Kejohanan Liga Bola Jaring Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman “Toh Puan Cup” Edisi Kedua 2024 yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka.
Turut hadir YB VP Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad selaku Presiden Kelab Bola Sepak Melaka.
Tahniah Pasukan MBMB Warriors FC mencipta kejuaraan sempena Governor Cup Melaka 2024 dan Pasukan Melaka Mystic yang telah dinobatkan sebagai Juara “Toh Puan Cup” 2024.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam
Friday, 03 January 2025
27 Disember 2024
25 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam, Melaka kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Sebelum pulang daripada masjid TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyantuni sepasang pengantin yang akan diijab kabul di masjid tersebut.
Usai selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Abd. Salam bin Parayil Moideen di Hospital Pantai serta memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Salam Takziah
Friday, 03 January 2025
27 Disember 2024
25 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam di atas pemergian dua (2) penuntut UTeM yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 187.6 Lebuh Raya Utara Selatan, pada pagi 26 Disember 2024 lalu.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarhamah dan mendoakan semoga roh Allahyarhamah Nurul Syafiqah Nasruddin dan Allahyarhamah Nurhanis Afryna Azizan yang telah kembali ke Rahmatullah dirahmati Allah SWT serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar Cik Nur Hanis Suraya Supiyan dan Cik Azwalidiya Azman yang turut cedera dalam kemalangan yang sama agar segera sembuh seperti sediakala.
Kepada semua ahli keluarga yang terlibat, TYT Tun Seri Setia berharap agar bersabar dalam menghadapi saat duka ini.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah
Friday, 03 January 2025
26 Disember 2024
24 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka yang akan bersara wajib pada 3 Januari 2025.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan bakti semasa berkhidmat di Negeri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob
Friday, 03 January 2025
25 Disember 2024
23 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman meluangkan hari cuti umum dengan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara
Friday, 03 January 2025
24 Disember 2024
22 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya yang telah mengorbankan tujuh orang di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Alor Gajah, Melaka malam semalam.
TYT Tun Seri Setia turut bertemu dengan ahli keluarga dan waris mangsa terkorban di Bahagian Forensik Hospital Melaka, serta menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kejadian maut tersebut.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Hospital Melaka disambut oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi mangsa-mangsa kemalangan yang cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Melaka serta turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa.
Nahas yang melibatkan sebuah bas persiaran, sebuah kenderaan MPV dan dua buah lori ini telah mengorbankan lima sekeluarga dalam sebuah MPV termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun. Manakala, dua lagi mangsa yang maut adalah pemandu bas dan seorang penumpang bas persiaran.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa yang terkorban dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang beriman. Aameen.
Al-Fatihah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Friday, 03 January 2025
24 Disember 2024
22 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Arwah Puan Hapipah binti Ab Rahman
Friday, 03 January 2025
23 Disember 2024
21 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Arwah Puan Hapipah binti Ab Rahman iaitu kakak kepada YABhg. Toh Puan yang diadakan di Surau Al-Ihsan, Bemban, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti