ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Friday, 03 January 2025 by tytmelaka
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
22 Disember 2024
20 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Rahman meraikan Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi.
Usai selesai majlis makan malam TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan membawa TYT Tun Pehin Sri serta YABhg. Toh Puan menyelusuri Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise.
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 2
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 3
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 4
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus – Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim

Thursday, 02 January 2025 by tytmelaka
Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus - Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim
21 Disember 2024
19 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Rahman hadir menyaksikan Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus – Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.
Teater berbentuk purbawara muzikal yang dipentaskan ini, berkisar kemaharajaan maritim di Selat Melaka, yang bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain hingga jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka pada 1511.
Ucapan tahniah kepada JKKN dan barisan produksi Sulalat’us- Salatin kerana berjaya mengeluarkan satu karya pensejarahan yang lengkap untuk membolehkan kita menghayati sejarah Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kejatuhan empayar ini.
Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus - Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim 2
Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus - Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore

Thursday, 02 January 2025 by tytmelaka
Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore
20 Disember 2024
18 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore di Stadium Bukit Jalil.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan cukup untuk memastikan Singapura menamatkan perjalanan Malaysia dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024.
Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore 2
Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh

Thursday, 02 January 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh
20 Disember 2024
18 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia bersama-sama jemaah menunaikan solat jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Mohamad Zoher bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Pak Syed Lelong @ Abang Chik yang kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan di Ayer Keroh.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh 2
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh 3
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan

Thursday, 02 January 2025 by tytmelaka
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
19 Disember 2024
17 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi-agensi korporat diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusof, Ketua Menteri Melaka
.
Majlis penyerahan zakat tersebut disertai oleh 16 agensi seperti Lembaga Jurukur Tanah Malaysia; Tenaga Nasional Berhad; TM Technology Services Sdn Bhd; Fazil Agency; Melaka ICT Holdings Sdn Bhd; Cimb Islamic Bank Berhad; Agrobank; Maybank Islamic Berhad; Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd; Yayasan Melaka; Affin Islamic Bank Berhad; Lembaga Perumahan Melaka; Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad; Bousted Plantations Berhad; Bank Simpanan Nasional dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat ialah RM 4,642,181.59.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Wira Ibrahim Bin Durum; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama, merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YB. Tuan Khairul Azreem Bin Mamat; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Salhah Binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
TYT Tun Seri Setia merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi-agensi korporat yang telah menyertai majlis serahan zakat pada kali ini dan berharap agar agensi-agensi korporat lain turut melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Melaka demi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka ini.
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 4
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 4
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024)

Thursday, 02 January 2025 by tytmelaka
Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024)
17 Disember 2024
15 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Peniaga Import dan Eksport Guangdong – Malaysia (MGIECC) dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) serta MOU antara Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) semasa Sidang Kemuncak Malaysia – China 2024.
Ekspo yang berlangsung daripada 17 hingga 19 Disember 2024 ini adalah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia – China.
TYT Tun Seri Setia juga turut mengunjungi Pavilion Kerajaan Negeri Melaka di Malaysia China Summit 2024 yang turut berlangsung di MITEC.
Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) 2
Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) 3
Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) 4
Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024

Thursday, 02 January 2025 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024
17 Disember 2024
15 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak merangkap Canselor Universiti Malaya turut berangkat mencemar duli hadir ke Majlis Makan Malam ini.
Hadir sama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2 dan YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Bin Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.
Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024 2
Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024 3
Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Hapipah binti Ab Rahman

Thursday, 02 January 2025 by tytmelaka
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Hapipah binti Ab Rahman
17 Disember 2024
15 Jamadilakhir 1446H
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Hapipah binti Ab Rahman yang merupakan kakak kepada YABhg. Toh Puan.
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Hapipah binti Ab Rahman 2
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan

Thursday, 02 January 2025 by tytmelaka
Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan
15 Disember 2024
13 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan iaitu anak mendiang Tan See Toh, mantan bendahari agong Malaysia Karate Federation (MAKAF); bersama di Kuala Lumpur.

Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan 2

Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan 3

 

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Program Tuaian Pertama (Tuaitama) nanas MD2 di Ladang Seri Nenas Farm

Wednesday, 01 January 2025 by tytmelaka
Program Tuaian Pertama (Tuaitama) nanas MD2 di Ladang Seri Nenas Farm
15 Disember 2024
13 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Program Tuaian Pertama (Tuaitama) nanas MD2 di Ladang Seri Nenas Farm, di atas tanah Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Kampung Bukit Senggeh. Melaka
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali, Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia; YBhg. Datuk Wira Zainal bin Husin, Pengurus Besar Yayasan Dunia Melayu Dunia lslam; Puan Siti Hajar binti Ramlee, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sembilan/Melaka dan Tuan Haji Aminin bin Abd Rashid, Pengarah Urusan Seri Nanas Farm.
Ladang Seri Nenas seluas lebih dua ekar ini berjaya memuatkan penanaman lebih 30 ribu pokok nanas MD2.

Program Tuaian Pertama (Tuaitama) nanas MD2 di Ladang Seri Nenas Farm 2

Program Tuaian Pertama (Tuaitama) nanas MD2 di Ladang Seri Nenas Farm 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP