ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Lawatan Ibu Dr. Hj. Siti Wasilah, M.Si, Med

Tuesday, 10 December 2024 by tytmelaka
Lawatan Ibu Dr. Hj. Siti Wasilah, M.Si, Med
5 Disember 2024
3 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meraikan Lawatan Ibu Dr. Hj. Siti Wasilah, M.Si, Med, Isteri kepada Walikota Banjar Masin ke Negeri Melaka dengan majlis makan malam di Restoren Mohd Chan by The Garden.

Lawatan Ibu Dr. Hj. Siti Wasilah, M.Si, Med 2

Lawatan Ibu Dr. Hj. Siti Wasilah, M.Si, Med 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2024

Tuesday, 10 December 2024 by tytmelaka
Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2024
5 Disember 2024
3 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2024 peringkat kumpulan di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka.
Sesi perlawanan hari ini menyaksikan Pasukan Beregu Melaka berjaya menewaskan Pasukan Beregu Putrajaya, manakala Pasukan Regu Melaka pula telah tewas kepada Pasukan Regu Perak.
TYT Tun Seri Setia juga turut menyaksikan sesi penyerahan sumbangan kepada Persatuan Sepaktakraw Melaka (PASTAM) daripada Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), World Youth Foundation, Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka, Diamond Ultimax (M) Sdn Bhd, Ketua Saudagar dan Team DMDI, dan YBhg. Datuk Zool Hilmi bin Datuk Haji Abdul Ghaffar. Jumlah keseluruhan sumbangan diterima sebanyak RM72,000.00 yang telah diterima oleh YBhg. Datuk Akramuddin Abdul Aziz, Presiden PASTAM.
PASTAM turut menerima sumbangan pakaia daripada YBhg. Dato’ Sri Ahmad Nazri bin Haji Khalil, Ketua Pegawai Eksekutif, Pintarisma Sdn Bhd.

Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2024 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir

Tuesday, 10 December 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YB. Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
4 Disember 2024
2 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi bagi mempersembahkan watikah pelantikan semula TYT Tun Seri Setia sebagai Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah diperkenan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Turut hadir YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Kunjungan Hormat daripada YB. Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir 2

Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir 2

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Menyempurnakan perasmian Malam Penghargaan Belia Wilayah Persekutuan Tahun 2024

Tuesday, 10 December 2024 by tytmelaka
Menyempurnakan perasmian Malam Penghargaan Belia Wilayah Persekutuan Tahun 2024
1 Disember 2024
29 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Malam Penghargaan Belia Wilayah Persekutuan Tahun 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Hadir sama YB. Dr. Zaliha binti Mustaffa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; YDH. ACP Ravinder Singh A/L Sarban Singh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur; YBrs. Encik Mohd Izzat Afifi Haji Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia dan YBrs.
Encik Khairul Rizam Dato’ Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia menegaskan supaya belia perlu memperkukuhkan lagi persatuan agar dapat menarik lebih ramai belia-belia di Malaysia dan membawa suara belia kepada pihak kerajaan dalam membantu membendung isu-isu yang merosakan belia Malaysia antaranya penyalahgunaan dadah yang semakin merisaukan.
Turut berlangsung penyampaian Anugerah Khas Presiden Kategori Media, Anugerah Pingat Jasa Belia (PJB) dan Anugerah Pingat Bakti Belia (PBB).

Menyempurnakan perasmian Malam Penghargaan Belia Wilayah Persekutuan Tahun 2024 2

Menyempurnakan perasmian Malam Penghargaan Belia Wilayah Persekutuan Tahun 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyantuni 3 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Paya Ikan

Monday, 09 December 2024 by tytmelaka
Menyantuni 3 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Paya Ikan
30 November 2024
28 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni 3 keluarga yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Paya Ikan.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan peribadi setiap keluarga serta mendoakan agar keadaan dapat segera pulih.

Menyantuni 3 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Paya Ikan 2

Menyantuni 3 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Paya Ikan 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyempurnakan perasmian e-Sport Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024 (TYT e-Sport)

Monday, 09 December 2024 by tytmelaka
Menyempurnakan perasmian e-Sport Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024 (TYT e-Sport)
30 November 2024
28 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian e-Sport Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024 (TYT e-Sport) anjuran Majlis Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA) yang diadakan di Mahkota Parade, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk VP. Shanmugam A/L Pitchay, Exco Belia Sukan Dan NGO Negeri Melaka; YBrs. Mohamad Mazlan Bin Haji Anis, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; YBrs. Tuan Mohd Asri Bin Hj Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka; YBrs.
Muhammad Hamka Bin Mohd Ali, Presiden Melaka Esports Association dan En. Mohamed Sahir Bin Johari, Centre Manager Mahkota Parade Shopping Center

Menyempurnakan perasmian e-Sport Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024 (TYT e-Sport) 2

Menyempurnakan perasmian e-Sport Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024 (TYT e-Sport) 3

Menyempurnakan perasmian e-Sport Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024 (TYT e-Sport) 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Maulud Nabi bersama Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka dan Yayasan Al-Jenderami

Monday, 09 December 2024 by tytmelaka
Majlis Maulud Nabi bersama Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka dan Yayasan Al-Jenderami
29 November 2024
27 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Datuk Wira Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Maulud Nabi bersama Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka dan Yayasan Al-Jenderami di Surau Istana Melaka.
Turut hadir YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al- Qadri, Tunku Besar Tampin; YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Al-Fadhil Al Habib Hassan Al-Attas, Imam Besar Masjid Ba’alwie Singapura dan Tuan Guru Ustaz Datuk Haji Hafiz Selamat Al-Jenderam serta Ustaz Haji Mohammad Hadi bin Tuan Guru Haji Minhat menyampaikan Tausiyah selain qasidah dan selawat kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Majlis Maulud Nabi bersama Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka dan Yayasan Al-Jenderami 2

Majlis Maulud Nabi bersama Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka dan Yayasan Al-Jenderami 3

Majlis Maulud Nabi bersama Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka dan Yayasan Al-Jenderami 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Santapan tengahari bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang

Monday, 09 December 2024 by tytmelaka
Santapan tengahari bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
29 November 2024
27 Jamaldilawal 1446H
Merafak sembah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah mencemar duli ke Negeri Melaka bagi santapan tengahari bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Santapan tengahari bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang 2

Santapan tengahari bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang 3

Santapan tengahari bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka

Monday, 09 December 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
29 November 2024
27 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.

Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah

Monday, 09 December 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah
28 November 2024
26 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia.
Selepas Kunjungan Hormat, TYT Duta Besar telah menyempurnakan sesi menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah 2

Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah 3

Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah 4

Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah 5

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP