Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka
Wednesday, 16 July 2025
12 Julai 2025
16 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka yang diadakan di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia serta 150 kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya jogging bersama semua peserta sekitar Taman Botanikal.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak
Wednesday, 16 July 2025
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak, Duta Besar Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Perutusan Tetap Malaysia ke Kesatuan Eropah.




- Published in Arkib Berita, Berita
Yang di-Pertua Negeri Melaka Beri Penghormatan Terakhir dan Ziarah Pesakit di Hospital Melaka
Wednesday, 16 July 2025
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahim, Kg Tengah Padang, Merlimau, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan solat jenazah dan hadir ke majlis pengebumian bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Cikgu Saleh bin Lempah iaitu bapa kepada YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Usai selesai di masjid, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi Encik Awal bin Bugal yang sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Melaka.
Manakala pada sebelah pagi TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Jamaat bin Hitam di kediamannya di Bukit Katil, Melaka.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Wednesday, 16 July 2025
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kunjungan Hormat ini bertujuan adalah bagi mempersembahkan satu taklimat rasmi berhubung pelaksanaan dan hala tuju agenda reformasi institusi yang sedang diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM). Sesi taklimat ini juga untuk menyatakan komitmen, hala tuju dan kemajuan reformasi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI demi memperkukuh institusi-institusi negara berteraskan prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan keadilan yang menyeluruh.
YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) turut membuat penyerahan Sijil Pemerbadanan Penubuhan Yayasan Tuan Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Roslan bin Ahmad, Pemegang Amanah Yayasan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka; YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang; YBrs. Tuan Thiyagu Ganesan, Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang); YBrs. Dr. Punitha Silivarajoo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan.




- Published in Arkib Berita, Berita
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia
Wednesday, 16 July 2025
9 Julai 2025
13 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia yang diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, Melaka.
Dalam lawatan ini, TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan ucapan bagi memberi semangat kepada semua 135 atlet yang menyertai. Dalam ucapan tersebut TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta Program Akademi Karate Malaysia yang menyertai kerana telah membuktikan bahawa semangat untuk berjaya masih membara dalam diri generasi muda.
TYT Tun Seri Setia turut mengingatkan kejayaan tidak datang dari bakatsemata-mata, tetapi dari disiplin, semangat yang kental dan kepercayaan pada diri sendiri serta jangan sesekali gentar dengan cabaran, kerana setiap halangan yang dihadapi adalah batu loncatan untuk menjadi lebih kuat, lebih matang, dan lebih bersedia untuk menempah nama di persada antarabangsa.
Semasa ucapan penutup TYT Tun Seri Setia menyeru agar jadilah atlet yang bukan hanya kuat pukulannya, tetapi luhur akhlaknya, jadilah pejuang yang bukan hanya mengejar kemenangan, tetap juga menjaga maruah sukan dan negara serta berharap semoga Program Akademi Karate Malaysia ini menjadi batu asas kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.
Lawatan ini turut dihadiri YBhg. Datuk Wira Haji Nur Azmi Ahmad, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF); YBhg. Datuk M Paneerselvam, Naib Presiden 1 MAKAF; Encik Hanshi Shamsudin Sheikh Ali Sayabo, Naib Presiden 3 MAKAF merangkap Timbalan Presiden Akademi Persekutuan Karate Malaysia Negeri Sembilan; Mr. Renshi Wrickrama Suriya, Naib Presiden 5 MAKAF; Mr. Shihan Alexander Arlanthu, Exco dan Pengerusi Bakat Persekutuan Karate Malaysia; YBrs. Encik Mohamad Nizam bin Abu Talib, Pengurus Kompleks MSN Saujana Asahan; YBrs. Encik Muhammad Fakrurrazzi bin Basrah, Pengurus Sukan Karate Cawangan Bakat MSN dan YDH. ASP Mohd Fuad bin Ali, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Daerah Jasin.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.
Wednesday, 16 July 2025
9 Julai 2025
13 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Wira Haji Ibrahim Bin Durum, Speaker Devwan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Haji Rais Bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YBrs. Encik Yao Lien Ti, Presiden Yeashin International Development Co. Ltd; YBrs. Encik Simon Tan, Pengurus Besar Birkin International Hotel; YBrs. Encik Chiu Chih-wei, Ahli Perundangan Yuan, Taiwan dan YBrs. Encik Chen Mingyi, Ahli Majlis Perbandaran New Taipei.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka
Wednesday, 16 July 2025
08 Julai 2025
12 Muharram 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman selaku Pengerusi Persatuan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) telah hadir ke Program Seminar “Wanita Anggun : Penggayaan pakaian & Berkomunikasi” yang diadakan di Swiss Garden Hotel, Melaka.
Program seminar anjuran Persatuan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Utama Datin Wira Zuriyah binti Abd Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman serta kesedaran kepada kaum wanita berhubung kepentingan menjaga keterampilan diri, penggayaan pakaian & perhiasan yang sesuai dalam persekitaran yang tertentu, serta cara berkomukasi yang lebih baik bagi meningkatkan keyakinan wanita dalam kehidupan sosial seharian. Ceramah disampaikan oleh pakar perunding imej CUTECARRY, Encik Hafiz Mustapha.
Turut hadir YB. Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka; Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI); Pertubuhan Perkumpulan perempuan (WI); Persatuan Keluarga Polis (PERKEP dan Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS).




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
TYT Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Diberi Taklimat Terkini Kerajaan Negeri oleh Ketua Menteri Melaka
Wednesday, 16 July 2025
7 Julai 2025
11 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M
Wednesday, 16 July 2025
6 Julai 2025
10 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M yang diadakan di Masjid As-Salimin, Kandang, Melaka.
Majlis turut dihadiri YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; YDH. SAC Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka; Encik Shaifulfazlee bin Mohammad, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan menyantuni Anak-Anak Yatim dan penyampaian sumbangan oleh TYT Tun Seri Setia serta penyumbang-penyumbang lain.
Kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib serta Tausiah bertajuk “Menyantun Kasih, Menyulam Sayang, Menjunjung Berkat” yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Muhammad bin Hashim Al Hafiz, Imam Besar Masjid Al-Azim dan diakhiri dengan Solat Isyak.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Inspektor Nurul Izwani Dirai Bersama Kehadiran TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan
Wednesday, 16 July 2025
6 Julai 2025
10 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir meraikan Majlis Perkahwinan anak perempuan Encik Mohamad Hanafi bin Mohd Derus iaitu Inspektor Nurul Izwani binti Mohamad Hanafi yang merupakan pengiring rapat kepada YABhg. Toh Puan & pasangannya Encik Md. Azuan bin Sukeri yang berlangsung di Kajang, Selangor.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti