ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Thursday, 19 September 2024 by tytmelaka
Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 1
15 September 2024
11 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) dianjurkan sempena sambutan Harí Malaysia sejak tahun 2020 lagi. SDPAHM adalah anjuran Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kumpulan Media Karangkraf.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia berharap PEMUISI sentiasa mengkaji agar aktiviti puisi sastera dapat dijadikan produk pelancongan supaya seni budaya negara kita dapat dipertontonkan, dinikmati, difahami dan dihayati. Program rentas budaya ini mampu menarik pelancong asing mahupun domestik mengenali budaya warisan tempatan. TYT Tun Seri Setia juga menyatakan Melaka mengalu-alukan usaha PEMUISI untuk menganjurkan Festival Puisi Antarabangsa tahun 2025 di Negeri Melaka.
Tahun ini, seramai 15 orang johan di peringkat negeri berentap di peringkat kebangsaan. Pelbagai cabaran telah diberikan kepada semua peserta mengikut kaedah dan syarat yang diperkenalkan dengan kreativiti masing-masing dalam mendeklamasikan puisi dalam bentuk artistik dan memberi kesan yang mendalam kepada penonton.
Tahniah kepada peserta dari Selangor, Ahmad Saidun Mohamad Mokhtar berjaya mengondol Anugerah Platinum Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia kali ke-5 ini.

Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 3

Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024

Thursday, 19 September 2024 by tytmelaka
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 2
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024
16 September 2024
12 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 yang bermula di Stadium Tun Fatimah, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, merangkap Pengerusi Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka tahun 2024, YB-YB EXCO, YB-YB ADUN, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindir ke Dataran Pusat Islam Melaka membabitkan seramai 123 kontinjen terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan termasuk swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Perarakan turut disertai Japerun, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, masjid dan surau serta sekolah-sekolah.
Walaupun keadaan cuaca hujan, iainya tidak mematahkan semangat hampir 7,000 peserta perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 1

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Penutupan Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024

Thursday, 19 September 2024 by tytmelaka
Majlis Perasmian Penutupan Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024 2
KEMPORI PENGAKAP GERAK KHAS 2024
15 September 2024
11 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024 di Sekolah Kebangsaan Kem Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka.
Turut hadir YDH. Brigedier Jeneral Musyadi bin Abdul Mutalib, Ketua Staf Perkhidmatan Markas 21 Gerup Gerak Khas; YDH. Kolonel Abd Razak bin Yaakob, Pegawai Memerintah Rejimen 21 Gerak Khas; YBhg. Mejar Jeneral (B) Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin, Ketua Pengakap Negara dan YBrs. Tuan Haji Nasaruddin Bin Shamsuddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024 ini adalah anjuran bersama Sekolah Kebangsaan Kem Gerak Khas, Kem 21 Komando Gerak Khas dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka (PPM) bermula dari 13 hingga 15 September 2024

Majlis Perasmian Penutupan Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024 1

Majlis Perasmian Penutupan Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-‘Iffah Selandar, Melaka.

Thursday, 19 September 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-'Iffah Selandar, Melaka. 1
13 September 2024
9 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-‘Iffah Selandar, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas diiringi YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital serta YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi Tn. Hj. Sharif bin Ahmad, mantan Pengerusi 4B Kawasan Selandar di Taman Kesang Indah, Jasin.

Solat Jumaat di Masjid Al-'Iffah Selandar, Melaka. 2

Solat Jumaat di Masjid Al-'Iffah Selandar, Melaka. 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Thursday, 19 September 2024 by tytmelaka
Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 4
12 September 2024
8 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia diiiringi YB. Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri dan YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak.
Program ini juga merupakan tahun ke-5 dianjurkan semenjak tahun 2020 yang merupakan hasrat TYT Tun Seri Setia dalam meningkatkan perpaduan demi kejayaan dan kestabilan rakyat.
Pada tahun ini ada kelainan dibawa iaitu pemidato daripada Murid Berkeperluan Khas yang juga turut sama menyertai pertandingan pada tahun ini. Seramai 9 penyertaan untuk sekolah rendah dan 9 penyertaan bagi sekolah menengah.
Tahun ini mencipta rekod baharu dengan penyertaan seramai 3,775 orang peserta dari seluruh Malaysia yang akan bertanding dalam 7 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan), Kategori Sekolah Rendah (Murid Berkeperluan Khas), Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan), Kategori Sekolah Menengah (Murid Berkeperluan Khas), Kategori Institut Pengajian Tinggi, Kategori Bukan Melayu dan juga Kategori Awam.
Tahniah kepada Encik Abdullah bin Long kerana berjaya merangkul Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan sekaligus dinobatkan Johan bagi kategori awam.

Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2

Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YDH. TKP Rosman Bin Norman@Normin, Pengarah Negeri Jabatan Penjara Malaysia Melaka

Thursday, 12 September 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YDH. TKP Rosman Bin Norman@Normin, Pengarah Negeri Jabatan Penjara Malaysia Melaka yang baru. 1
11 September 2024
7 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YDH. TKP Rosman Bin Norman@Normin, Pengarah Negeri Jabatan Penjara Malaysia Melaka yang baru.
Hadir sama YDH. PKK Norneelah Binti Shukor, Timbalan Pengarah Negeri; YDH. TKP Khairil Nizam Bin Anuar, Pengarah Penjara Sungai Udang; YDH. PKP Talhah Bin Hasim, Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad; YDH. PKP Mohd Idlan Bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan YDH. PKP Azuwan Hafiz Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney.

Kunjungan Hormat daripada YDH. TKP Rosman Bin Norman@Normin, Pengarah Negeri Jabatan Penjara Malaysia Melaka yang baru. 3

Kunjungan Hormat daripada YDH. TKP Rosman Bin Norman@Normin, Pengarah Negeri Jabatan Penjara Malaysia Melaka yang baru. 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pestabola Merdeka

Thursday, 12 September 2024 by tytmelaka
Pestabola Merdeka 2
8 September 2204
4 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Pestabola Merdeka yang menyaksikan Pasukan Malaysia akhiri badi trofi 14 tahun Malaysia muncul juara setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan jaringan tunggal Romel Morales pada minit ke-33 itu menamatkan kemarau kejuaraan negara di pentas antarabangsa yang kali terakhir memenangi Piala Suzuki pada 2010.

Pestabola Merdeka 1

Pestabola Merdeka 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia

Thursday, 12 September 2024 by tytmelaka
kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia 1
8 September 2204
4 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia bersama delegasi di Istana Melaka.

kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia 2

kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Jamuan Teh Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka

Thursday, 12 September 2024 by tytmelaka
Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka 1
7 September 2024
3 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Jamuan Teh Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2024.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan kepada kepada Anak Yatim, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta beramah mesra bersama hadirin.Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka 2

Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka

Wednesday, 04 September 2024 by tytmelaka
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka 1
3 September 2024
29 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka 2

Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP