ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Santapan DiRaja Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII

Tuesday, 23 July 2024 by tytmelaka
Majlis Santapan DiRaja Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII
20 Julai 2024
14 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Santapan DiRaja Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diiringi KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Berangkat sama, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta DYMM Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa, Raja Bahrain dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri.

Majlis Santapan DiRaja Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII

Tuesday, 23 July 2024 by tytmelaka
Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA MEMBERKATI PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
20 Julai 2024
14 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII yang berlangsung penuh tradisi dan adat istiadat di Balairung Seri, Istana Negara.
Laungan ‘Daulat Tuanku’ dan tembakan meriam 21 das bergema di Istana Negara sejurus KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyempurnakan lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong menandakan penyempurnaan istiadat pertabalan.
Keberangkatan tiba KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong diiringi KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dalam istiadat penuh bersejarah ini.
Berangkat sama, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Turut berangkat, DYMM Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa, Raja Bahrain dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri.
Istiadat pertabalan kali ini juga menyaksikan kehadiran Dato’ Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Singapura dan isteri Datin Paduka Ho Ching.
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Timbalan-Timbalan Perdana Menteri; Menteri-Menteri Kabinet, ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII 2

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 hari kedua

Tuesday, 23 July 2024 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 hari kedua
18 Julai 2024
12 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli berangkat hadir pada mesyuarat kali ini.
Mesyuarat yang ke-266 yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ini telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri serta YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 hari kedua 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266

Thursday, 18 July 2024 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266
17 Julai 2024
11 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 di Istana Negara di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 2

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Thursday, 04 July 2024 by tytmelaka
Kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
26 Jun 2024
19 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Menteri Jawatankuasa Khas Pertabalan bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Melaka.
Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tersebut akan berlangsung pada 20 Julai 2024 di Istana Negara.
Hadir sama ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertabalan; YBhg. Datuk Rozainor bin Ramli, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa; YBhg. Datuk Haji Mohd Aseral bin Jusman, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja mewakili Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Encik Sophian bin Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara.

Kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil 2

Kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua

Thursday, 04 July 2024 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua
25 Jun 2024
18 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dna YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua anjuran kerjasama antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Melaka Football Club (MFC).
Turut hadir YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri bersama isteri; YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Khaidhiriah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET; YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UTeM; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Ahli Majlis FIFA.
Turut berlangsung upacara pemotong pulut kuning dan kek sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua dan penyampaian sumbangan kepada 15 pusat kebajikan dari Melaka.

Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua 2

Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Indera Hermono

Tuesday, 25 June 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Dato' Indera Hermono
24 Jun 2024
17 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Indera Hermono, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

Kunjungan Hormat daripada TYT Dato' Indera Hermono 2

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)

Wednesday, 19 June 2024 by tytmelaka
Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
18 Jun 2024
11 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) Sempena Hari Raya Aidiladha 1445H di perkarangan Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.

Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) 2

Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga
17 Jun 2024
10 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta anakanda dan cucuanda menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.

Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M
17 Jun 2024
10 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan juga berkesempatan menziarahi makam Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M 2

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38

Recent Posts

  • Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia 2

    Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia

    19 Jun 2025 22 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP