Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Friday, 07 June 2024
4 Jun 2024
26 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka anjuran Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Friday, 07 June 2024
4 Jun 2024
26 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang diadakan di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis Istiadat turut dihadiri YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan isteri; Barisan Exco-Exco Negeri Melaka serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka.
Dalam ucaptama TYT Tun Seri Setia turut menjunjung kasih dan penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kerana telah berkenan untuk melantik TYT Tun Seri Setia sebagai Yang Di-pertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua mulai 4 Jun 2024 selama 4 tahun.
TYT Tun Seri Setia juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di atas sokongan beliau untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7 bagi penggal kedua dan juga kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Selain itu, TYT Tun Seri Setia turut menyatakan kemakmuran dan keselamatan yang sedang kita nikmati hari ini tidak akan berlaku tanpa koordinasi dan persefahaman daripada semua pihak. Negeri Melaka akan terus maju atas sumbangan dan penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat kepada pentadbiran kerajaan negeri dan entiti-entiti yang bertangungjawab dalam masyarakat keseluruhannya.
Justeru, bagi memastikan momentum agenda pembangunan dan kecemerlangan ini berkekalan, TYT Tun Seri Setia mengajak seluruh pemimpin dan rakyat untuk terus berganding bahu dan bersatu padu, mempertingkatkan semangat muafakat serta menyemarakkan semangat kerjasama di kalangan kita kerana itu adalah sebenarnya kunci kepada kejayaan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini serta berharap agar Negeri Melaka kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan rakyatnya dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sentiasa menjunjung perlembagaan dan rukun negara.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rakaman Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Friday, 07 June 2024
Rakaman Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Istana Negara.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 kali ke-41
Friday, 07 June 2024
2 Jun 2024
24 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 kali ke-41 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh YBhg. Dato’ Seri Irmohizam bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang turut mengiring TYT Tun Seri Setia sepanjang kunjungan ini.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan singgah di reruai-reruai pameran buku dan membeli buku-buku yang ditawarkan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar
Friday, 07 June 2024
31 Mei 2024
22 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar, Melaka.
Usai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Turut berlangsung Penyerahan Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar berjumlah RM 40,000.00 daripada YBhg. Dato’ Seri Zainal Abidin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
Friday, 31 May 2024
30 Mei 2024
21 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Antara pelunas zakat perniagaan agensi korporat ialah daripada Lembaga Tabung Haji, Kumpulan UTeM Berhad, Etiqa General Takaful Berhad, Etiqa Family Takaful, Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Syarikat Air Melaka Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Celcomdigi Berhad, Perbadanan Melaka (MCORP), Melaka Bekal Sdn Bhd & Selia Selenggara Engineering Sdn Bhd dengan keseluruhan penyerahan Zakat Perniagaan berjumlah RM7,420,080.13.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Abdul Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
Turut berlangsung penyampaian Anugerah Khas Potongan Gaji Majikan Tertinggi Tahun 2023 bagi Sektor Swasta & Sektor Kerajaan kepada Malaysia Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) dengan jumlah potongan RM8,665,126.80 dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan jumlah potongan RM1,579,925.34.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bacaan Yasin & Kenduri Kesyukuran meraikan keputusan cemerlang dalam SPM 2023
Friday, 31 May 2024
29 Mei 2024
20 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Kenduri Kesyukuran bagi meraikan anak-anak kakitangan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Aiman bin Nornikman dan adik Putri Fifie Farishah Binti Mohd Mizan yang mendapat keputusan 9A serta adik Amil Danish Ahmad Daud yang mendapat keputusan 6A.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Wednesday, 29 May 2024
28 Mei 2024
19 Zulkaedah 1445H
Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka di Istana Negara.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ini turut dihadiri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan; YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YB. Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada Brigedier Jeneral Dato’ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin
Tuesday, 28 May 2024
27 Mei 2024
18 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada Brigedier Jeneral Dato’ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Panglima 1 Briged.
TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan tahniah kepada Panglima yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang ketenteraan di Amerika Syarikat serta merakamkan penghargaan atas jasa dan curahan bakti beliau selama memimpin Markas 1 Briged serta membantu urusan istiadat-istiadat ketenteraan di Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Menyaksikan perlawanan akhir sepaktakraw Piala Dunia acara berkumpulan
Tuesday, 28 May 2024
26 Mei 2024
17 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan perlawanan akhir sepaktakraw Piala Dunia acara berkumpulan antara Pasukan Malaysia menentang Pasukan Thailand di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Tahniah kepada Pasukan Thailand atas kejayaan muncul sebagai Juara Piala Dunia di Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia ISTAF, Kuala Lumpur 2024.
Sekalung tahniah juga kepada Pasukan Malaysia yang muncul sebagai Naib Juara Dunia Sepaktakraw dalam pertarungan 3 set yang cukup sengit, namun Malaysia akhirnya tewas 1-2 kepada negara jiran, Thailand.
Manakala tempat ketiga pula dimenangi Pasukan Korea dan di tempat keempat, Pasukan Indonesia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti