Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning
Wednesday, 08 May 2024
5 Mei 2024
26 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengetuai Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning yang merupakan Kapal Layar Kayu Tradisional China Terbesar di Dunia di Pelabuhan Tanjung Beruas.
Hadir sama YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan, Seni dan Budaya serta isteri; YB. Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka; YB. Tuminah Kadi @ Mohd Hashim, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna ; YB. Tuan Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana dan YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
Fu Ning yang mempunyai dua tiang layar sepanjang 41.6 meter dan lebar 12 meter dikendalikan sembilan kru merupakan sebuah kapal layar diperbuat daripada kayu, telah memulakan pelayarannya dari Guangzhou, China sejak Januari lalu.
Pelayaran itu diteruskan ke Singapura dan menjadikan Melaka sebagai destinasi ketiganya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari
Wednesday, 08 May 2024
4 Mei 2024
25 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Wednesday, 08 May 2024
4 Mei 2024
25 Syawal 1445H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mencemar duli hadir ke Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah, Melaka.
Ketibaan KDYMM Seri Paduka Baginda yang menaiki kenderaan bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka disambut oleh Ketua Menteri Melaka dan keluarga serta barisan kepimpinan Negeri Melaka.
Seusai majlis TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta Ketua Menteri Melaka mengiringi keberangkatan pulang KDYMM Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mencemar duli hadir ke Majlis Santapan Tengahari di Istana Melaka
Wednesday, 08 May 2024
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
4 Mei 2024
25 Syawal 1445H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang sudi mencemar duli hadir ke Majlis Santapan Tengahari di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam kira-kira jam 1.00 tengahari telah disambut oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama barisan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis Santapan Tengahari bersama KDYMM Seri Paduka Baginda turut disertai oleh YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman.
KDYMM Seri Paduka Baginda turut berkenan bergambar kenangan bersama TYT Tun Seri Setia sekeluarga.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Japerun Sungai Udang
Tuesday, 07 May 2024
3 Mei 2024
24 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Japerun Sungai Udang yang diadakan oleh YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan merangkap penyelaras Japerun Sungai Udang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rahmad bin Mariman
Tuesday, 07 May 2024
3 Mei 2024
24 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rahmad bin Mariman, YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap ADUN Ayer Molek di Dewan Japerun Ayer Molek, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari
Tuesday, 07 May 2024
2 Mei 2024
23 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap ADUN Bukit Katil Tahun serta Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Warga Kem Terendak.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Zaidi bin Attan
Tuesday, 07 May 2024
1 Mei 2024
22 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap ADUN Serkam serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Klmunikasi Digital merangkap ADUN Duyong.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-quran Sayyidina Ali (KAQSA) Kali Ke-11
Tuesday, 07 May 2024
30 April 2024
21 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-quran Sayyidina Ali (KAQSA) Kali Ke-11 yang diadakan Di Hotel Holiday Inn, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Setinggi-tinggi tahniah kepada 19 orang graduan yang diraikan pada hari ini kerana telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk al-Quran dan bakal menggenggam Diploma Tahfiz al-Quran. KAQSA kini telah berjaya melahirkan seramai 195 orang hafazan sejak ditubuhkan 5 tahun lalu pada Oktober 2019 sehingga ke hari ini.
Tahniah kepada Nur’aliyah Binti Zulkiflee yang mendapat Anugerah Sayyidina Ali (Tokoh Huffaz) iaitu anugerah untuk pelajar yang cemerlang daripada sudut akademik, hafazan Al-Quran, penglibatan kokurikulum dan sahsiah sepanjang 3 tahun pengajian.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Wira Khamis bin Abu Samah
Tuesday, 07 May 2024
30 April 2024
21 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Wira Khamis bin Abu Samah (Mantan Ketua Protokol & Istiadat Negeri Melaka) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29 April 2024.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti