Kunjungan Hormat daripada YBrs. PKPj Adi Supian bin Shafie
Thursday, 18 April 2024
17 April 2024
8 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. PKPj Adi Supian bin Shafie, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.
Turut hadir YBrs. PPj Dzul Azmi bin Yahya, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Melaka dan YBrs. Psk Norhafizah binti Othman, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Tuesday, 16 April 2024
16 April 2024
7 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Aidilfitri TAS Industries Sdn Bhd
Monday, 15 April 2024
14 April 2024
5 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) HajahAsmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Aidilfitri TAS Industries Sdn Bhd yang diadakan di Kuala Lumpur.
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj turut mencemar duli hadir ke majlis tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar
Monday, 15 April 2024
14 April 2024
5 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) HajahAsmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap ADUN Rim di Dewan Kolej Vokasional, Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Monday, 15 April 2024
13 April 2024
4 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) HajahAsmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-100 Villa Sentosa, Kampung Morten
Monday, 15 April 2024
13 April 2024
4 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-100 Villa Sentosa, Kampung Morten, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya dan YB Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka
100 tahun terdahulu, awal penubuhan Villa Sentosa peninggalan Allahyarham Tuan Haji Hashim bin Demang Haji Abdul Ghani adalah merupakan satu-satunya rumah tradisional Melayu Melaka. Villa ini turut diiktiraf sebagai ‘The Living Museum’, dan menjadi destinasi wajib pelancongan oleh para pengunjung daripada seluruh dunia.
Pelbagai bahan sejarah yang diketengahkan di Villa ini antaranya pakaian tradisional Melayu, alat muzik tradisional dan perabot-perabot antik. Kampung Morten inilah satu-satunya perkampungan Melayu di tengah-tengah Bandaraya Melaka yang berjaya mengekalkan seni bina dan kebudayaan Melayu tulen sehingga ke hari ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Safinah An-Najah, Kampung Tambak Paya
Monday, 15 April 2024
12 April 2024
3 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Safinah An-Najah, Kampung Tambak Paya, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Japerun Sungai Rambai YB Puan Siti Faizah binti Abdul Azis
Monday, 15 April 2024
11 April 2024
2 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Japerun Sungai Rambai YB Puan Siti Faizah binti Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 yang diadakan di Perkarangan Kompleks Japerun DUN Sungai Rambai, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin
Monday, 15 April 2024
11 April 2024
2 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Merangkap ADUN Kawasan Paya Rumput yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Hari Raya Aidilfitri di Istana Melaka
Monday, 15 April 2024
10 April 2024
1 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka di Istana Melaka.
Yang hadir sama, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Parlimen; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Ahli-Ahli Dewan Negara, serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.
Usai selesai majlis diteruskan dengan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, saudara mara serta keluarga kakitangan Pejabat TYT dan Istana Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti