Solat Sunat Hari Aidilfitri Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
Monday, 15 April 2024
10 April 2024
1 Syawal 1445H
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILAH ILHAM
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Aidilfitri Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menziarahi Makam Pahlawan Melaka serta membuat bacaan tahlil ringkas yang dipimpin oleh YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Baiturrahman Kampung Berangan Enam, Umbai, Merlimau
Tuesday, 09 April 2024
8 April 2024
28 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Baiturrahman Kampung Berangan Enam, Umbai, Merlimau, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ahli jawatankuasa masjid.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan bermoreh bersama jemaah serta memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang berada di masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi sahabat-sahabat lama yang dalam keuzuran
Tuesday, 09 April 2024
8 April 2024
28 Ramadan 1445H
Menjelang Syawal yang bakal tiba, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengambil kesempatan menziarahi sahabat-sahabat lama yang dalam keuzuran iaitu Datuk Wira AS Khamis; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; Encik Husin Abd Karim dan Wak Khalid Sikon di kediaman mereka masing-masing.
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar mereka semua dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT dari semua penyakit yang dihidapi. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada mereka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan Sidang, Pegawai Syarak, Persatuan Cina Muslim dan Persatuan Pengamal Adat Melayu Negeri Melaka
Tuesday, 09 April 2024
7 April 2024
27 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan Sidang, Pegawai Syarak, Persatuan Cina Muslim dan Persatuan Pengamal Adat Melayu Negeri Melaka di Istana Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia
Tuesday, 09 April 2024
6 April 2024
26 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta anakanda dan cucuanda menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi pusara sahabat-sahabat lama.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis moreh bersama pengamal-pengamal media Negeri Melaka
Tuesday, 09 April 2024
5 April 2024
25 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan majlis moreh bersama pengamal-pengamal media Negeri Melaka di Istana Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Berbuka Puasa bersama Asnaf dan Serantau Muslim
Tuesday, 09 April 2024
5 April 2024
25 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan penyampaian duit raya kepada anak-anak tahfiz sempena Program Berbuka Puasa bersama Asnaf dan Serantau Muslim yang diadakan di Amira Wedding House, Duyong, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan penyerahan mock cheque oleh Saudagar DMDI kepada Serantau Muslim dan penyampaian sumbangan pek makanan kepada asnaf dan penyampaian sumbangan pek makanan kepada asnaf serta duit sumbangan kepada madrasah tahfiz.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menghadiri Majlis Sambutan Ihya Ramadhan Peringkat Negeri Melaka di MITC, Melaka bersama Ketua Menteri Melaka dan kepimpinan tertinggi Negeri Melaka serta penjawat awam Negeri Melaka.
Usai selesai majlis TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka
Tuesday, 09 April 2024
5 April 2024
25 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Berkunjung ke Bazar Aidilfitri di Jalan Hang Tuah Melaka
Friday, 05 April 2024
4 April 2024
24 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Bazar Aidilfitri di Jalan Hang Tuah Melaka.
Dikesempatan itu TYT Tun Seri Setia turut menyantuni peniaga-peniaga dan pengunjung di sana.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Iftar Ramadhan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka
Friday, 05 April 2024
4 April 2024
24 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Iftar Ramadhan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Turut hadir sama YB. Tuan Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna dan YB. Tuan Kerk Chee Yee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Ramadhan kepada 29 anak istimewa anggota PDRM Melaka.
Setelah selesai berbuka TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih bersama-sama jemputan serta warga PDRM Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti