ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”GrandReset” Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M

Friday, 05 April 2024 by tytmelaka
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ''GrandReset'' Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M
4 April 2024
24 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”GrandReset” Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M yang diadakan di Masjid Cina, Krubong, Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa

Thursday, 04 April 2024 by tytmelaka
Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa
3 April 2024
23 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.)Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Surau Batu, Ujong Pasir, Melaka anjuran YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Khas TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Pengerusi Surau Batu.
Kemudian TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Selat Melaka.

Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir

Thursday, 04 April 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
2 April 2024
22 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di Istana Melaka.
Turut hadir YBrs. Encik Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan); YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Iftar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka

Thursday, 04 April 2024 by tytmelaka
Majlis Iftar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka
2 April 2024
22 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Iftar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM Malaysia; PgkBI R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka serta Pegawai dan Anggota JBPM Negeri Melaka. Turut hadir sama Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Turut berlangsung penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadhan daripada Pertubuhan Khairat JBPM Negeri Melaka kepada 20 penerima daripada kalangan anggota keluarga JBPM Negeri Melaka yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kecil, Paya Dalam, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pegawai syarak masjid serta bermoreh bersama jemaah yang hadir.

Majlis Iftar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka 2

Majlis Iftar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zaahari bin Mohd Ariffin

Thursday, 04 April 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zaahari bin Mohd Ariffin
2 April 2024
22 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zaahari bin Mohd Ariffin, Panglima Divisyen Ketiga Infantri yang baharu di Istana Melaka.
Hadir sama YBhg. Brigedier Jeneral Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Panglima Markas Briged Pertama Infantri Malaysia dan YBhg. Brigedier Jeneral Khairul Izan bin Muhammad Suffian, Komander Artileri Divisyen 3 Divisyen.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Perasmian Tilawah Al Quran Antarabangsa DMDI & BKRMI Kali Ke 14 Tahun 2024

Monday, 01 April 2024 by tytmelaka
Majlis Perasmian Tilawah Al Quran Antarabangsa DMDI & BKRMI Kali Ke 14 Tahun 2024
29 Mac 2024
18 Ramadhan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden DMDI hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Tilawah Al Quran Antarabangsa DMDI & BKRMI Kali Ke 14 Tahun 2024 di Aula Kantor Walikota Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Turut hadir dalam acara ini adalah Yth Bapak H. Ibnu Sina ; Walikota Banjarmasin, YBhg Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Jamil Bin Mukmin ; Naib Pengerusi DMDI, Yth Datuk Said Aldi Al Idrus ; Ketua Umum DMDI Indonesia, YBhg En. Abdul Malik B. Abu Bakar ; Ahli Majlis Eksekutif Jamiyah Singapura, Tuan Azizul Zekri Abd Rahim ; Konsul Malaysia di Pontianak Kalbar, YBhg Datuk Nasir B. Ghani ; Pengerusi DMDI Malaysia, YBhg Datuk Norsabrina Bt Md Noor ; Setiausaha Eksekutif DMDI, YBhg Datuk Joyah Binti Abd Rashid ; Pengerusi DMDI Putrajaya, YBhg Datuk Wira Zainal B. Hussin ; Pengurus Besar Yayasan DMDI, Cik Hazelen Bt Talib ; Setiausaha Agong DMDI, Wakil-Wakil Negara,Negeri & Provinsi DMDI serta masyarakat setempat.
Majlis Tilawah Al Quran DMDI Kali Ke-14 ini diadakan pada 28-31 Mac 2024 bertempat di Studio TVRI Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia di mana seramai 44 orang peserta dari Negara-Negara DMDI menyertainya.
TYT Tun beserta rombongan juga berkesempatan melawat di sekitar Kota Banjarmasin selesai acara perasmian.

Majlis Perasmian Tilawah Al Quran Antarabangsa DMDI & BKRMI Kali Ke 14 Tahun 2024 2

Majlis Perasmian Tilawah Al Quran Antarabangsa DMDI & BKRMI Kali Ke 14 Tahun 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M

Monday, 01 April 2024 by tytmelaka
Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman manghadiri Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M di Kampus UTeM Durian Tunggal Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM serta hampir 1000 pelajar dan warga kerja UTeM.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada YBhg. Datuk Seri Jamil bin Salleh, Pengerusi Yayasan Canselor UTeM kepada Naib Canselor UTeM.
Turut berlangsung sumbangan Ihya’ Ramadhan UTeM 2024, Sumbangan Zakat kepada Pelajar Asnaf dan Sumbangan Baucer Buku Pelajaran Kepada Pelajar B40, Penyerahan Dividen & Sumbangan Daripada UTeM Holdings, Bayaran Dividen kepada UTeM Bagi Tahun Kewangan 2023, Sumbangan Ihya’ Ramadhan UTeM 2024 dan Sumbangan Mahabbah Aidilfitri UTeM 2024.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian Pemberian Sumbangan Tunai & Door Gift Hari Raya kepada Pelajar Asnaf UTeM Daripada Tabung Amal Jariah UTeM.
Usai majlis, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih serta bermoreh bersama warga UTeM di perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM.

Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M 2

Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Aiyub bin Omar

Friday, 29 March 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Aiyub bin Omar
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Aiyub bin Omar, bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria dan TYT Shaharuddin Onn, bakal Duta Besar Malaysia ke Cambodia.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Kunjungan Hormat Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan

Friday, 29 March 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat.
Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para) dan Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia turut hadir mengiringi Panglima Tentera Darat.

Kunjungan Hormat Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan 2

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M/1445H

Friday, 29 March 2024 by tytmelaka
Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M/1445H
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M/1445H yang diadakan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Di majlis ini TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian saguhati kepada Pelajar Sekolah Rendah Arab JAIM daripada setiap daerah.
Majlis kali ini disertai lebih 1,000 orang pelajar tahun enam dari daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Sekalung tahniah kepada Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka di atas komitmen dalam menjayakan program ini sekali gus dapat menyubur minat anak-anak membaca kitab suci Al-Quran.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud : “Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 44
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48

Recent Posts

  • Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia 2

    Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia

    19 Jun 2025 22 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP