ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Makan Malam Amal Pengumpulan Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar Melaka

Monday, 11 March 2024 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Amal Pengumpulan Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar Melaka
9 Mac 2024
28 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam Amal Pengumpulan Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar Melaka.
Hadir sama YB Tuan Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YBhg. Datuk Badaruddin Bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka; YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka dan YA Tuan Haji Mohd Yunus Bin Mohamad Zain Hakim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan sesi lafaz wakaf dan penyerahan replika cek saham wakaf pembinaan Masjid Pulau Besar daripada penyumbang-penyumbang. Pada majlis ini sejumlah RM274,500.00 telah berjaya dikumpulkan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia

Monday, 11 March 2024 by tytmelaka
Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia
9 Mac 2024
28 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir seraya menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia di Balai Istiadat, Dewan Seri Negeri, Melaka.
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dikurniakan Bintang Semangat Padi-Perak (BSPP) mendahului senarai 300 penerima.
Anugerah itu merupakan kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang.
Seramai 15 perwakilan asing Persekutuan Pengakap Malaysia antaranya dari Singapura, Taiwan, Thailand, Indonesia dan lain-lain turut menerima anugerah.
Antara pingat yang turut dianugerahkan ialah Bintang Semangat Rimba-Emas (BSRE); Bintang Semangat Rimba-Perak (BSRP); Pingat Jasa Pengakap (PJP); Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG); Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC); Pingat Perkhidmatan Lama (PPL); Pingat Perkhidmatan Setia (PPS); Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Negeri Majlis Makan Malam Sempena Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Bela

Monday, 11 March 2024 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Negeri Sempena Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas
8 Mac 2024
27 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir Majlis Makan Malam Negeri Sempena Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Hotel Hatten, Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid As Salam, Tampoi, Cheng

Monday, 11 March 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid As Salam, Tampoi, Cheng
8 Mac 2024
27 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As Salam, Tampoi, Cheng, Melaka,
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Kawalan Kehormatan Utama serta Merasmikan Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024

Wednesday, 06 March 2024 by tytmelaka
Istiadat Kawalan Kehormatan Utama serta Merasmikan Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024
5 Mac 2024
24 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berangkat bagi menghadiri Istiadat Kawalan Kehormatan Utama serta Merasmikan Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia antara lainnya merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Ketua Menteri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Penjawat-Penjawat Awam, Anggota-Anggota Keselamatan, Badan-Badan Berkanun dan NGO serta pihak swasta kerana sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi kemakmuran dan keselamatan yang sedang dikecapi ini.
TYT Tun Seri Setia juga mengharapkan agar Negeri Melaka akan terus maju atas sumbangan daripada setiap lapisan masyarakat kepada pentadbiran kerajaan negeri dan badan-badan yang bertangungjawab dalam masyarakat keseluruhannya.
TYT Tun Seri Setia turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa yang bakal tiba kepada semua umat Islam dan berharap semoga Ramadan ini membawa keberkatan, kesabaran dan kebahagiaan kepada semua.

Istiadat Kawalan Kehormatan Utama serta Merasmikan Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Muzium Rasulullah SAW

Monday, 04 March 2024 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Muzium Rasulullah SAW
26 Februari 2024
16 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Muzium Rasulullah SAW yang terletak di Madinah Al-Munawwarah.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut Dr. Yahya Attia Al-Kinani, General Manager Muslim World League.

Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Muzium Rasulullah SAW 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

TYT Tun Seri dan YABhg. Toh Puan serta seisi keluarga berangkat menunaikan ibadah umrah

Monday, 26 February 2024 by tytmelaka
TYT Tun Seri dan YABhg. Toh Puan serta seisi keluarga berangkat menunaikan ibadah umrah
23 Februari 2024
12 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman serta seisi keluarga berangkat menunaikan ibadah umrah daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Semoga TYT Tun Seri dan YABhg. Toh Puan serta seisi keluarga diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah umrah dan mendapat umrah yang mabrur.

TYT Tun Seri dan YABhg. Toh Puan serta seisi keluarga berangkat menunaikan ibadah umrah 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka

Monday, 26 February 2024 by tytmelaka
Merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka
22 Februari 2024
12 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir Merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Jonker Walk, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta lebih 30,000 pengunjung berbilang kaum membanjiri Jonker Walk.
Yang hadir sama, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka; Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Timbalan-Timbalan EXCO dan ADUN Negeri Melaka.
Sambutan dimeriahkan dengan tarian singa dan naga serta persembahan kebudayaan. Antaranya ialah Orkestra Tradisional Cina oleh Persatuan Teo Chew Melaka, Sketsa Peranakan, Paluan Gendang 24 Musim serta persembahan wushu.
Suasana turut meriah dengan hiasan ribuan tanglung yang digantung di sepanjang Jonker Walk.

Merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-265 hari kedua

Monday, 26 February 2024 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-265 hari kedua
22 Februari 2024
12 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-265 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli berangkat hadir pada mesyuarat kali ini.
Mesyuarat yang ke-265 yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor ini telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri serta YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-265 hari kedua 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan terakhir kepada Allahyarham YABhg. Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Monday, 26 February 2024 by tytmelaka
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham YABhg. Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
21 Februari 2024
11 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham YABhg. Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah kembali ke Rahmatullah di Masjid Negara Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan takziah kepada YABhg. Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan keluarga.
Allahyarham YABhg. Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Negara sebelum diterbangkan ke Kuching, Sarawak dari pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51

Recent Posts

  • Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia 2

    Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia

    19 Jun 2025 22 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP