Majlis Perkahwinan anak perempuan kepada YBhg. Datuk Seri Abdul Aziz Bin Shahar
Tuesday, 12 December 2023
10 Disember 2023
26 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Perkahwinan anak perempuan kepada YBhg. Datuk Seri Abdul Aziz Bin Shahar iaitu Cik Alya Amirah & Encik Dean Robert Miller yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2; YABhg. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Mantan Perdana Menteri Malaysia; YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan; YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Dan Digital dan YB Datuk Seri DR. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
2023 National Day of Romania Luncheon
Tuesday, 12 December 2023
8 Disember 2023
24 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri 2023 National Day of Romania Luncheon yang dianjurkan oleh Kedutaan Romania di Malaysia, di Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Lim Hui Hing, Timbalan Menteri Pendidikan dan PYT Nineta Bârbulescu, Duta Besar Romania ke Malaysia.
Turut hadir Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi daripada pelbagai negara serta tokoh-tokoh korporat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TYT Badli Hisham bin Adam
Tuesday, 12 December 2023
7 Disember 2023
23 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Badli Hisham bin Adam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Colombo, Sri Lanka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Istiadat Konvokesyen Universiti Melaka ke-25
Wednesday, 06 December 2023
5 Disember 2023
21 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Melaka menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Melaka ke-25 yang berlangsung di MITC, Ayer Keroh Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Linggi; YBhg. Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib bin Hj. Dora, Naib Canselor Universiti Melaka.
Pada sesi ini berlangsung Penganugerahan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Diploma kepada saudari Nisa Asilah binti Ruslan dan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Ijazah Sarjana Muda kepada saudara Mohamad Haiqal Danial bin Hamdan yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Seramai 861 graduan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma pada Majlis kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat DUN Gadek 2023
Monday, 04 December 2023
3 Disember 2023
19 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat DUN Gadek 2023 anjuran YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap ADUN Gadek di Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Resepsi Perkahwinan anak kepada TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin
Monday, 04 December 2023
1 Disember 2023
17 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan anak kepada TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni di Istana Seri Kinabalu, Sabah iaitu YB. Brigedier Jeneral Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar & Pasangannya Cik Scarlett Suhaili Sambinding.
Majlis turut dihadiri TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor; YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2; YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat kepada TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin
Thursday, 30 November 2023
30 November 2023
16 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Kunjungan Hormat kepada TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni di Istana Seri Kinabalu, Sabah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam anjuran Yayasan Sabah di Sabah International Convention Center (SICC)
Thursday, 30 November 2023
29 November 2023
15 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam anjuran Yayasan Sabah di Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu, Sabah, bersempena lawatan rasmi TYT Tun Seri Setia ke Negeri Sabah.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah; YB Dato’ Sri Haji Gulam Haidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, merangkap ADUN Kawang dan YB Datuk Jasnih bin Daya, Pengerusi Eksekutif Innoprose Corporation Sdn.Bhd, Yayasan Sabah Group merangkap ADUN Pantai Dalit.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Innalillahi Wainna Ilaihi Roji’un
Thursday, 30 November 2023
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan merakamkan ucapan takziah bagi keluarga Allahyarham Datuk Haji Abu Samah Abdul Wahab, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yang telah meninggal dunia pada kira-kira jam 7 malam semalam di Melaka.
Ini merupakan satu kehilangan besar buat komuniti basikal di Malaysia. Allahyarham yang telah memimpin PKBM semenjak tahun 1990 merupakan seorang tokoh yang amat komited kepada sukan berbasikal, dan disegani bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi di peringkat antarabangsa.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solehin, dan diberikan keampunan oleh Allah SWT.
- Published in Arkib Berita, Berita
Lawatan Rasmi ke Negeri Sabah
Wednesday, 29 November 2023
28 November 2023
14 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah sempena Lawatan Rasmi ke Negeri Sabah.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama isteri YABhg. Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag; YB. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan YDH. Datuk Jauteh Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti