ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Lawatan Rasmi ke Negeri Sabah

Wednesday, 29 November 2023 by tytmelaka
Lawatan Rasmi ke Negeri Sabah
28 November 2023
14 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah sempena Lawatan Rasmi ke Negeri Sabah.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama isteri YABhg. Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag; YB. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan YDH. Datuk Jauteh Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah.

Lawatan Rasmi ke Negeri Sabah 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyantuni keluarga Muhammad Danish

Monday, 27 November 2023 by tytmelaka
Menyantuni keluarga Muhammad Danish
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam menyantuni keluarga Muhammad Danish yang dilaporkan hilang dan dipercayai hanyut dalam parit dan telah dijumpai di dalam longkang besar Taman Desa Baru.
Salam Takziah kepada keluarga mangsa terutamanya bapa mangsa Mohd Faizal Bin Maarop. Semoga kuat dan tabah melalui dugaan ini.
Terima kasih kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka serta semua yang membantu bertungkus lumus dalam menjalankan tugas.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Makan Malam Gala Sempena Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34

Monday, 27 November 2023 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Gala Sempena Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34
25 November 2023
11 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sempena Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34 di Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia diiringi YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya mewakili Ketua Menteri Melaka dan YBhg. Dato’ Ronald Gan Yong Hoe, Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Pelancaran Buku “The Baba & Nyonya Renaissance” karya Lee Yuen Thien. Majlis kemudiannya diserikann dengan persembahan sketsa “Seri Panggung Bibik Entertainment” dan persembahan Fesyen Kebaya Nyonya Merentas Sempadan.

Majlis Makan Malam Gala Sempena Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka telah dikurniakan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PHD)

Monday, 27 November 2023 by tytmelaka
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka telah dikurniakan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PHD)

25 November 2023
11 Jamaldilawal 1445H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka telah dikurniakan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PHD) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-63.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli menyempurnakan pengurniaan Ijazah Kedoktoran Falsafah kepada para graduan.

YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir mengiringi TYT Tun Seri Setia ke majlis istiadat.

Turut sama menerima Ijazah Kedoktoran Falsafah DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Sahahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis serta 500 graduan lain.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis turut mencemar duli hadir ke majlis tersebut.

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka telah dikurniakan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PHD) 2

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka telah dikurniakan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PHD) 3

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh

Thursday, 23 November 2023 by tytmelaka
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
22 November 2023
8 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023

Monday, 20 November 2023 by tytmelaka
Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023
19 November 2023
5 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan perlawanan akhir Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023 di dewan bola keranjang MBMB Bukit Serindit Melaka.
Dua kategori dipertandingkan pada peringkat akhir iaitu beregu (double) antara pasukan PDRM dengan pasukan Phitsanulok TC dan regu antara pasukan Perak dengan pasukan Negeri Sembilan.
Tahniah kepada pasukan Perak kerana telah menjuarai kategori regu Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023 dengan menewaskan pasukan Negeri Sembilan serta syabas kepada pasukan PDRM yang menjadi Johan dalam kategori beregu (double) setelah menewaskan pasukan Phitsanulok TC.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua pasukan dan juga penganjur serta semua yang bertungkus lumus menjayakan Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali pada tahun ini.

Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38

Monday, 20 November 2023 by tytmelaka
Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38
19 November 2023
5 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38 Bagi Tahun 2021/2022 yang diadakan di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Olahragawati Harapan kepada Nurul Syasya Khairina binti Samsur (Atlet Angkat Berat) dan Anugerah Olahragawan Harapan kepada Muhammad Hafiq bin Mohd Jafri (Atlet Berbasikal). Manakala bagi Anugerah utama iaitu Anugerah Olahragawati telah disandang oleh Sydney Chin Sy Xuan (Atlet Wushu) dan Anugerah Olahragawan telah disandang oleh Aaron Chia Teng Fong (Atlet Badminton).

Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38 2

Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Deepavali 2023 Majlis Olimpik Malaysia

Monday, 20 November 2023 by tytmelaka
Majlis Sambutan Deepavali 2023 Majlis Olimpik Malaysia
17 November 2023
3 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Deepavali 2023 Majlis Olimpik Malaysia di Subang Jaya, Selangor.
Hadir sama YBhg. Tan Sri Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM); YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).
Majlis turut diraikan bersama atlet-atlet Malaysia yang menyambut Deepavali.

Majlis Sambutan Deepavali 2023 Majlis Olimpik Malaysia 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Krzystof Dobrowolski

Friday, 17 November 2023 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Krzystof Dobrowolski
16 November 2023
2 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Krzystof Dobrowolski, Duta Besar Poland Ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

Kunjungan Hormat daripada TYT Krzystof Dobrowolski 2

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Mohamed Alsadek Attia dan TYT Abdelhafid Bounour

Thursday, 16 November 2023 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Mohamed Alsadek Attia dan TYT Abdelhafid Bounour
15 November 2023
1 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Mohamed Alsadek Attia, Duta Besar Libya ke Malaysia dan TYT Abdelhafid Bounour, Duta Besar Algeria ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Mohamed Alsadek Attia dan TYT Abdelhafid Bounour 2

Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Mohamed Alsadek Attia dan TYT Abdelhafid Bounour 3

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
  • 53
  • 54
  • 55
  • 56
  • 57

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP