MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA KONVOKESYEN UTEM KE-20
Tuesday, 03 December 2024
7 November 2024
5 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Konvokesyen UTeM Ke-20 yang diadakan di Hatten Hotel, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; PYT Mrs. Nineta Barbulescu, Duta Besar Romania ke Malaysia; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Turut berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Bitara Kesidang 2024 yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
TYT TUN SERI SETIA ZIARAH KENALAN LAMA
Tuesday, 03 December 2024
3 November 2024
1 Jamaldilawal 1446H
Menziarahi cikgu saya Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka yang telah mengajar saya semasa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Semabok pada tahun 1960 sekarang berumur 87 tahun. Saya doakan agar sihat dan lanjut usia bersama isteri dan keluarga serta mendapat rahmat Allah SWT.
Selepas itu saya turut melawat Haji Abdullah Abu kawan lama yang tinggal sebelah rumah Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dan juga Kapten Jalil Abu Bakar.
Juga menziarah Cikgu Jasmin Husin di Kampung Pendamar, Ayer Molek dan Haji Bazid di Rumah Awam, Ayer Molek.
Kemudiaan menziarahi Ustaz Fauzi di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.
Saya doakan semoga semua sahabat-sahabat bertambah sihat dan mendapat rahmat Allah SWT.
Aminnnn.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
LAWATAN KE KARNIVAL UDARA ANTARABANGSA MELAKA (KUAM) 2024
Tuesday, 03 December 2024
1 November 2024
29 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka dari 31 Oktober 2024 hingga 3 November 2024.
Turut hadir YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri dan YB Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya yang mengiringi TYT Tun Seri Setia sepanjang lawatan.
Sebanyak 28 agensi, syarikat dan akademi penerbangan menyertai karnival kali ini bersempena Tahun Melawat Melaka 2024. Penganjuran KUAM 2024 turut diwarnai dengan persembahan akrobatik pesawat ringan, drone soccer, simulator kapal terbang, spot landing aircraft dan pameran aset-aset milik Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pengunjung juga turut berpeluang menyaksikan pertunjukan payung terjun oleh 70 penerjun dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport, Batu Berendam
Tuesday, 03 December 2024
1 November 2024
29 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport, Batu Berendam, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas serta beramah mesra bersama jemaah masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA DEEPAVALI
Tuesday, 05 November 2024
TYT TUN SERI SETIA & YABHG. TOH PUAN BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA DEEPAVALI
31 Oktober 2024
28 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir meraikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri; YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan YB. Tuan Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkunjung ke rumah terbuka Deepavali YBhg. Datuk R. Perumal, Mantan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Mantan Menteri Kesihatan Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
TYT TUN SERI SETIA SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-22
Tuesday, 05 November 2024
TYT TUN SERI SETIA SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-22
29 Oktober 2024
26 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hadir menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen DMDI Kali Ke-22 yang diadakan di Jamiyah Islamic Centre, Singapura.
Hadir sama YBhg Prof. Adj. Datuk Dr. Hj. Mohd Hasbi bin Abu Bakar, Pengerusi DMDI Singapura merangkap Naib Presiden DMDI.
Turut berlangsung pembentangan resolusi konvesyen daripada negara-negara anggota DMDI termasuk juga Biro Belia DMDI.
TYT Tun Seri Setia dalam ucapan penutupnya berharap semoga resolusi-resolusi yang telah dibentangkan oleh semua negara anggota DMDI dan juga Biro Belia DMDI akan dapat dilaksanakan dan tercapai dan bukannya sebagai panduan semata-mata. Ianya perlu dijadikan iltizam untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dalam memperkukuhkan ukhuwah dan kerjasama antara Dunia Melayu dan Dunia Islam.
Dalam majlis yang sama TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan pelancaran Pusat Pembelajaran UTeM @ Jamiyah Singapore, Singapura.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MAJLIS MAKAN MALAM KONVENSYEN DMDI KALI KE-22 TAHUN 2024
Tuesday, 05 November 2024
MAJLIS MAKAN MALAM KONVENSYEN DMDI KALI KE-22 TAHUN 2024
28 Oktober 2024
25 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menghadiri Majlis Makan Malam Konvensyen DMDI Kali Ke-22 Tahun 2024 yang diadakan di Singapura.
Turut hadir TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Duta Besar Malaysia ke Singapura; TYT Tuan Zainul Abidin Rasheed, Duta Singapura ke Kuwait; YBhg. Prof. (Adj.) Datuk Dr. Hj. Mohd Hasbi bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapore merangkap Naib Presiden DMDI serta Pengerusi dan wakil wakil negara-negara anggota DMDI.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU/MOA diantara Jamiyah Singapura dan DMDI dengan beberapa syarikat serta universiti-universiti antaranya Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan Universiti Geomatika.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DMDI KALI KE-22
Tuesday, 05 November 2024
MANTAN PRESIDEN SINGAPURA SEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DMDI KALI KE-22
28 Oktober 2024
25 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kali Ke-22 yang diadakan di Singapura.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABhg. Puan Hajah Halimah Yacob, Canselor Universiti Sains Sosial Singapura yang juga Mantan Presiden Singapura.
TYT Tun Seri Setia yang juga merupakan Presiden DMDI telah menyampaikan Anugerah Mansur Shah DMDI kepada YABhg. Puan Hajah Halimah Yacob.
Turut hadir YBhg. Profesor (Adj) Datuk Dr. Hj Mohd Hasbi Bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura merangkap Presiden DMDI Singapura; Yang Berbahagia Prof Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI Serta Pengerusi dan wakil Negara – Negara Anggota DMDI.
Sebanyak 16 Negara anggota DMDI dari seluruh dunia, iaitu dari Indonesia, Sri Lanka, Kemboja, Thailand, Filipina, United Kingdom, Mauritius, Bosnia & Herzegovina, China, Bangladesh, Australia, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Netherlands telah hadir pada konvensyen kali ini.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengisian forum-forum antaranya berkaitan Ekonomi – Pembangunan perniagaan melalui sistem modal teroka dan pelaburan; Pendidikan – Globalisasi program pendidikan melalui teknologi dan secara hybrid serta Sosio-budaya melestarikan warisan budaya melayu di dunia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-102
Tuesday, 05 November 2024
TAHNIAH PASUKAN SPRM ACEIO – JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102
27 Oktober 2024
24 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-102 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Tahniah dan syabas kepada Pasukan SPRM ACEIO yang telah menewaskan BOMBA FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang sengit.
Suasana dimeriahkan lagi dengan meraikan hari ulangtahun kelahiran YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Tun Mohd Ali Rustam, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka.

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1021

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1022

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1024
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 2024
Tuesday, 05 November 2024
MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 2024 @ SUNGAI MELAKA
26 Oktober 2024
23 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Perasmian Festival Seni Selat Melaka Sempena International Cultural & Arts Festival (ICAF) 2024 @ Sungai Melaka yang berlangsung di Dataran Pengkalan Rama Pantai, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
ICAF 2024 yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 25 hingga 27 Oktober menggabungkan tiga festival utama iaitu Festival Sungai Melaka, Festival Seni Selat Melaka dan International Folklore Arts Festival.
Istimewanya tahun ini, persembahan yang ditampilkan telah menggabungkan beberapa negara dan negeri dalam Malaysia di atas satu pentas yang mempamerkan seni dan budaya Malaysia dari Melaka, Sabah, Sarawak dan Selangor bersama enam buah negara di bawah International Council Of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF) seperti Filipina, Indonesia, Uzbekistan, Thailand dan Korea Selatan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti