Majlis Pelancaran Buku ‘Dari Bukit Katil Ke Istana Melaka’ : Biografi TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
30 Mei 2023
10 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku ‘Dari Bukit Katil Ke Istana Melaka’ : Biografi TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di Hotel Casa del Rio Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Akramuddin Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
Buku ‘Dari Bukit Katil Ke Istana Melaka’ ini menceritakan serba ringkas perjalanan kehidupan Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dari sebelum sehingga menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-7. Perjalanan kehidupan beliau diabadikan dalam buku yang menggambarkan TYT Tun Seri Setia sebagai seorang yang serba boleh.
Sesungguhnya buku ini telah membuka laluan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang susuk tubuh anak watan yang begitu gigih dan bersemangat waja dalam memaju dan memartabatkan Melaka di mata dunia. Selain itu, buku ini dapat memberi pengajaran dalam menerap nilai kepimpinan, kecekalan, kegigihan dan kewibawaan yang terdapat dalam diri TYT Tun Seri Setia untuk dijadikan pengajaran dan ikutan khususnya kepada para belia hari ini untuk terus maju ke hadapan. Oleh itu, usaha murni penerbitan buku ini wajar diberi pujian kerana ia bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh masyarakat pelbagai peringkat di Malaysia malah juga masyarakat luar.
TYT Tun Seri Setia juga turut berbesar hati menurunkan tandatangan pada buku berkenaan yang telah diedarkan kepada jemputan-jemputan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Konvensyen Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
30 Mei 2023
10 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Konvensyen Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang diadakan di MITC Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.
Turut berlangsung Penyampaian Anugerah kepada Guru KAFA Cemerlang Peringkat Kebangsaan, Tokoh Guru KAFA Tokoh Guru, Tokoh Murid KAFA dan Anugerah Khas kepada Tokoh Murid KAFA kepada Ahmad Azfar bin Haji Azraie yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Homat daripada YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
30 Mei 2023
10 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Homat daripada YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Memberikan penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Hajah Mayah Binti Haji Bujal
28 Mei 2023
8 Zulkaedah 1444H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya:Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Hajah Mayah Binti Haji Bujal di Bukit Bayan, Bukit Katil serta berkesempatan menziarahi pusara ibunda dan ayahanda TYT Tun Seri Setia.
Semoga Allahyarhamah diampunkan dosa serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Program Menyemarakkan Seni: Gegau Seni Budaya @ Melaka
27 Mei 2023
7 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menyemarakkan Seni: Gegau Seni Budaya @ Melaka yang berlansung di Panggung Seri Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Negeri Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka; YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Cik Puan Ezlina binti Alias, Pengarah JKKN Negeri Melaka.
Panggung Seni Tradisional “Cak Kun Cak” Melaka mengisahkan kisah riuh rendah Dondang Sayang kenduri kerja kahwin Melaka. Program seperti ini mampi mengangkat persembahan kesenian dan budaya tradisional yang autentik di negeri Melaka. “Cak Kun Cak” Melaka merupakan gabungan elemen seni dan budaya authentik dlm bentuk muzikal teater seperti Dondang Sayang, Adat Berandam & Malam Berinai, Sanggul lintang Pengantin Melaka, Puisi Rejang – Ilmu simbolik tilik, Nazam dan Rebana Keras .
Pementasan menggabungkan kumpulan anak-anak muda dan generasi lebih berusia dengan menggambarkan bagaimana Dondang Sayang berkembang bermula dari pantun usik mengusik dan menjadi budaya dan perantara utama dalam kalangan masyarakat Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23)
25 Mei 202
5 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) di Resort World Langkawi dan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.
LIMA ’23 kali ini melibatkan penyertaan sekitar 525 pempamer daripada 140 syarikat dari seluruh dunia.
Dalam rangka lawatan ini, TYT Tun Seri Setia telah mengunjungi beberapa reruai termasuklah Pavilion Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Lawatan TYT Tun Seri Setia di Pavilion MOT telah disambut oleh YB. Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
TYT Tun Seri Setia juga turut melawat kapal Frigate Republic of Korea dan juga Kapal DiRaja (KD) Lekiu milik Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) serta menyaksikan pertunjukan aerobatik yang melibatkan beberapa buah negara antaranya dari Negara China, Rusia, Indonesia, Korea termasuklah Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem
21 Mei 2023
1 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Adun Duyong serta Majlis Rumah Terbuka YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Mengiringi TYT Tun Seri Setia ke majlis YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Haji Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan bertemu dan mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet karate Malaysia yang telah memenangi pingat di Sukan SEA 2023 di Cambodia baru-baru ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Puan Leng Chau Yen
20 Mei 2023
29 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka malam ini berkesempatan meraikan hari Syawal terkahir dengan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Puan Leng Chau Yen, Timabalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap Adun Bandar Hilir serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Adun Kesidang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Sg. Udang Bersama Warga Kem Terendak dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Penyelaras Japerun Bemban
20 Mei 2023
29 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Sg. Udang Bersama Warga Kem Terendak dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Penyelaras Japerun Bemban.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Edisi Ke-30 Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) 2023
19 Mei 2023
28 Syawal 1444H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Edisi Ke-30 Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) 2023 di Hotel Marriot Putrajaya.
Majlis Perasmian Edisi Ke-30 Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) 2023 ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan isteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail.
ACWW telah ditubuhkan pada tahun 1929 untuk mengumpul wanita luar bandar bagi menangani cabaran yang mereka hadapi akibat pengasingan komuniti mereka, diskriminasi terhadap wanita, dan kekurangan kedudukan mereka dalam proses politik.
Persidangan ini akan berlangsung dari 17 hingga 25 Mei 2023 dan mengumpulkan kira-kira 500 ahli ACWW dari seluruh dunia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti