Majlis Tilawah Quran Antarabangsa DMDI dan Konvensyen DMDI Tahun 2023
3 April 2023
12 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hadir menyaksikan Majlis Tilawah Quran Antarabangsa DMDI dan Konvensyen DMDI Tahun 2023 di Majlis Al-Musannif, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan hadiah kepada Qari dan Qariah yang telah berjaya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Kampung Angkat DMDI dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bingkisan Ramadhan
3 April 2023
12 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengadakan Lawatan ke Kampung Angkat DMDI dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bingkisan Ramadhan kepada anak yatim dan kaum Dhuafa di Kampung Angkat DMDI, Medan Indonesia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan ke Vintage Night Market Melaka dan Melaka Grand Bazaar
2 April 2023
11 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan berkunjung ke Vintage Night Market Melaka dan Melaka Grand Bazaar di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Hadir sama YBhg. Datuk Shadan Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Encik Arif Faiz bin Zainudin, Pengurus UTC.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan tertinggi Negeri Melaka
29 Mac 2023
7 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan tertinggi Negeri Melaka di Istana Melaka.
Turut hadir, YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta Barisan Exco, ADUN dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TKP Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka
28 Mac 2023
6 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TKP Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama Ketua-Ketua Institusi Penjara Melaka.
Antaranya TKP S. Gunasegaran A/L Shammugam, Pengarah Penjara Sungai Udang; PKP Zan Azim Bin Aziz, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas; PKP Talhah bin Hasim, Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad; PKP Mohd Idlan Bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin; PKP Mohd Zaidi bin Alias, Komandan Institut Koreksional Malaysia; PP Shamsul Izak Bin Samli, Komandan Penjara Satelit A’ Famosa dan TPP Abu Sufian bin Mansoor, Timbalan Penguasa Penjara.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat Parlimen Alor Gajah bagi Tahun 2023
28 Mac 2023
6 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat Parlimen Alor Gajah bagi Tahun 2023 yang telah diadakan di Masjid An-Naim, Durian Tunggal, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka; YB. Tuan Fairul Nizam Bin Roslan, ADUN Asahan; YB. Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Alor Gajah.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Ihya’ Ramadhan bagi Masjid, Surau, AJK Masjid, Pegawai Syarak dan Penggali Kubur bagi tahun 2023.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Cerapan Hilal Ramadhan Tahun 1444H/2023 serta Solat Fardhu Maghrib
22 Mac 2023
29 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Cerapan Hilal Ramadhan Tahun 1444H/2023 serta Solat Fardhu Maghrib anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, ADUN Ayer Limau; YB. Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Linggi; YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Fardhu Isyak di Masjid Al-Sultan Abdullah dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Nur Jannatul Bahri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Rakyat Bangladesh yang ke-52
21 Mac 2023
28 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Rakyat Bangladesh yang ke-52 yang diadakan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh TYT Md. Golam Sarwar, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia bersama isteri. Turut hadir YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
15 Mac 2023
22 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) di Double Tree by Hilton, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil
10 Mac 2023
17 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka dan menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid.
Sejurus tamat Solat Jumaat TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi warga emas yang tinggal berdekatan kawasan masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti